Monday, August 03, 2015
Marah Sehingga Tak Tertahan Lagi.....Cat Jalanraya Rosak Sekitar Shah Alam Sebagai Tanda Protes
Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan jalanraya yang rosak di sekitar
Shah Alam telah membuatkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri
mereka "Brotherhood Shah Alam" juga merupakan penduduk sekitar telah
tampil menconteng dan mengecat jalanraya yang rosak.
Menurut mereka pelbagai aduan sudah dilakukan tetapi tidak ada sebarang
tindakan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dikatakan mereka melalukan tindakan berkenaan kerana untuk mengelakkan
sesuatu yang buruk terjadi yang mungkin boleh mengakibatkan kehilangan
nyawa. Mereka semalam telah menjalankan aktiviti ini sekitar SHELL
UNISEL, Seksyen 21 dan sekitar seksyen 14 dekat dengan Kompleks PKNS
dengan mencari jalan rosan dan berlubang.
Bagi mereka, tidak kisah untuk penduduk sekitar atau orang ramai marah
dengan tindakan menconteng jalanraya ini kerana tindakan yang mereka
lakukan adalah salah satu usaha untuk membuka mata pihak MBSA supaya
cepat memperbaiki jalan berkenaan.
Selain itu, cat kuning yang digunakan mereka juga sudah pasti senang
dinampak oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan berkenaan, jika
nampak cat kuning berkenaan bolehlah dielak kerana disitu terdapat
lubang ataupun jalan rosak.
Aktiviti ini diketuai oleh Saudara Lando Zawawi bersama penduduk
sekitar. Lando sebelum ini diketahui sering tampil megeluarkan kenyataan
tentang masalah jalan rosak disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment