Tuesday, August 04, 2015
Kamu Yang Pilih.. Ini Yang Kamu Dapat !!! ‘Kami Bukan Sampah, Kami Mahu Cari Rezeki’
Itulah luahan kira-kira 70 peniaga di Rope Walk, Lebuh Armenian di sini
apabila pintu rezeki mereka lebih 20 tahun lalu cuba ditutup tanpa
sebarang pembelaan sewajarnya.
Lebih 70 peniaga di pasar karat rope walk Lebuh Armenian, di sini, buntu
apabila diarahkan berpindah dari tapak perniagaan mereka tanpa diberi
pembelaan sewajarnya.
Pengerusi Bertindak Peniaga Lebuh Armenian, Yunoos Salleh berkata,
mereka sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak 20 tahun lalu dengan
aman namun, hilang mata pencarian setelah diarahkan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP) yang mahukan mereka mengosongkan tapak berkenaan
sejak awal Julai lalu.
Menurutnya, mereka seolah-olah dipermainkan oleh MBPP apabila
dipindahkan ke lokasi lain namun, ada dalam kalangan peniaga dikenakan
tindakan penguatkuasa ketika berniaga di tempat baharu.
“Selama ini kami berniaga di kawasan lapang bersebelahan Pusat Kegiatan
Belia MBPP di Lebuh Armenian dengan aman namun, dihalau tanpa sebarang
perbincangan dan pembelaan.
“Pada mulanya kami tidak dibenarkan berniaga selama seminggu bermula 7
sehingga 14 Julai lalu namun, selepas itu apabila peniaga mahu memulakan
kembali perniagaan, mereka dihalau penguatkuasa,” katanya ketika
ditemui selepas mengadakan bantahan aman, semalam.
Yunoos berkata, peniaga yang kebanyakan terdiri daripada golongan kurang
berkemampuan ini akur dan berpindah ke Lebuh Clamant seperti diarahkan
penguatkuasa.
Bagaimanapun mereka kesal apabila perniagaan mereka kembali diganggu
penguatkuasa yang bertindak merampas barang-barang peniaga tanpa
sebarang budi bicara.
“Kami hanya mahukan pembelaan sewajarnya dan mahu diberikan tapak perniagaan semula.
“Kami berhimpun bukan disebabkan isu politik tetapi isu masa depan
peniaga di sini yang hilang sumber pendapatan disebabkan arahan pihak
penguatkuasa," katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan di tapak pasar karat rope walk
Lebuh Armenian, di sini, mendapati kawasan berkenaan ditutup dengan besi
pengadang.
Difahamkan, kawasan itu bakal dimajukan sebagai taman landskap baharu
yang akan menjadi antara kawasan tarikan bagi pelancong di Lebuh
Armenian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment