Thursday, August 06, 2015
Kenyataan Idris Jusoh Mengenai Fitnah Terhadap Beliau... Jahat Betullah Golongan Ini
Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya
yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:
1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi
"Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan
Nasional".
Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:
"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke
luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan
kita bertambah baik".
2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan
nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta
Kerajaan Malaysia.
3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media
sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit
tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak
pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.
Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak
pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa.
Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita
sedemikian.
Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment