Thursday, August 06, 2015
Kim Tae Hee Dikutuk Konon Berwajah Hodoh...Macam Macam hal
Pelakon Kim Tae Hee menerima kecaman hebat daripada netizen apabila mereka menggelarnya selebriti yang mempunyai wajah buruk.
Lebih menyedihkan mereka mencerca wajah Tae Hee, 35, iaitu kelihatan
lebih tua berbanding usia sebenar selain menuduhnya melakukan pembedahan
plastik.
"Dia melakukan pembedahan plastik sedikit demi sedikit, tidak seperti
Song Hye Gyo yang berwajah natural," kata salah seorang netizen kepada
aktres itu.
Kritikan pedas itu dibuat netizen berkemungkinan besar mereka tidak
berpuas hati dengannya yang kini dilaporkan sedang hangat bercinta
dengan aktor Rain.
Tae Hee dalam satu temubual baru-baru ini bagaimanapun enggan menjawab
sebarang soalan berhubung perkara itu dan ia menambahkan kemarahan
peminat.
Bagaimanapun peminat turut tampil menyelar tindakan individu yang
mengutuk aktres itu dan melabelkan mereka sebagai cemburu dengan
kecantikan semula jadi Tae Hee.
"Adakah anda semua sudah gila? Menganggap Tae Hee hodoh? Ini benar-benar satu jenaka," kata salah seorang peminatnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment