Sunday, August 09, 2015

Kit Siang Makin Bebal Di Usia Tua...

Lim Kit Siang mendakwa Peguam Negara (AG) dan polis memberi jawapan yang bercanggah kepada draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri kerana rasuah yang bocor ke laman web Sarawak Report.

Ahli parlimen DAP itu berkata, AG Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum ini mendakwa bahawa lembaran draf pertuduhan itu adalah palsu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, kemudian berkata, beberapa pegawai agensi anti-rasuah sedang disiasat untuk mengetahui bagaimana salinan draf itu boleh bocor dan dimuat naik di laman web yang berpangkalan di UK.

Lim berkata perkara itu sepatutlah telah berakhir jika betul apa yang AG telah katakan bahawa draf itu adalah palsu.

"Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada mulanya menolak kewujudan draf kertas pertuduhan itu dan menganggapnya sebagai palsu, dan ini harus menjadi akhir cerita.

"Apabila polis menangkap dan menyoal siasat pegawai SPRM berhubung dengan lembaran draf pertuduhan itu, adakah ini bermakna bahawa memang sebenarnya wujud draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib di premis SPRM, dan bahawa draf kertas pertuduhan ini telah bocor kepada media sosial?

"Yang mana satu ?," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lim Kit Siang ini membuktikan tahap kebebalan beliau apabila cuba mencampuri serta mempersoalkan kerja-kerja pihak berkuasa.

Seluruh rakyat tahu bahawa Polis kini menyiasat siapa dalang yang menyebarkan draf palsu tersebut dan semua kaitan yang ada dengan cubaan menjatuhkan kepimpinan negara oleh Sarawak Report.

Jadi kalau Kit Siang masih sengaja pura-pura tak faham, jangan pula dia menganggap rakyat itu bodoh seperti dirinya!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment