Sunday, August 09, 2015
Wan Azizah Dedahkan Punca Pegawai SPRM Dipecat
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan
telah ditukar selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen
pembangkang beberapa hari lalu.
Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah
Komunikasi Strategik, Rohaizad Yaakob dikatakan telah ditukar sehari
selepas pertemuan itu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan medianya.
Presiden PKR itu menyifatkan apa yang berlaku sebagai mengejut dan kecewa dengan arahan pertukaran pegawai berkenaan.
“Saya menggesa pihak berkuasa untuk memberi penjelasan serta-merta
tentang penukaran jawatan pegawai-pegawai kanan SPRM ini, agar tidak
timbul persepsi campur tangan politik dan hukuman punitif yang dikenakan
sebagai amaran kepada anggota SPRM yang lain.
“Oleh kerana tindakan-tindakan campur tangan dan ancaman terhadap
anggota SPRM jelas berterusan, saya akan mengarahkan anggota KEADILAN
untuk membuat laporan polis serta mengadakan himpunan menyokong SPRM di
kesemua pejabat SPRM seluruh negara,” katanya.
Ini menunjukkan punca sebenar pertukaran dua pegawai tersebut adalah
kerana hasil campur tangan pihak pembangkang. Jadi pegawai tersebut
serta pembangkanglah yang harus disalahkan, bukannya kerajaan.
Apa motif pegawai-pegawai tersebut berjumpa dengan pembangkang sedangkan
mereka sepatutnya menjaga kerahsiaan siasatan? Adakah dua pegawai
tersebut merupakan talibarut kepada pembangkang?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment