Sunday, August 09, 2015
Luahan Hati Najib kepada Ketua UMNO Bahagian
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan ketua bahagian parti itu berhubung isu dana politik.
Akhbar The Star melaporkan, Najib memberitahu perwakilan Umno Bahagian
Tun Razak yang beliau berbuat demikian demi kepentingan parti.
“Apa sahaja yang saya buat sebagai Presiden Umno, walaupun jika saya terima dana, semuanya untuk parti.
“Saya telah membantu bahagian-bahagian, termasuk memberi mereka peruntukan bulanan untuk menguruskan pejabat mereka.
“Umno di bawah pimpinan saya telah melakukan banyak aktiviti
tanggungjawab sosial korporat (CSR), hantar orang tunaikan haji dan
baiki rumah-rumah usang.
“Apa yang berlaku ialah mereka diamkan diri, selepas mereka dapat duit, tetapi bila saya diserang, semua orang diam,” katanya.
Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi ‘Yes men’.
Tegasnya, beliau boleh terima perbezaan pendapat, kerana ia dapat memberi perspektif berbeza.
“Kami boleh bertukar-tukar idea, malah berdebat dalam mesyuarat, tetapi
apabila pucuk pimpinan buat keputusan, kami perlu sokong parti. Kami
perlu tunjuk satu barisan bersatu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment