Monday, August 03, 2015

Mahathir Pelopor Budaya Tak Elok Dalam UMNO...

EDITOR MENULIS...
3 OGOS 2015

Semalam, salah seorang Naib Presiden UMNO mendakwa dirinya sudah penat dengan budaya "yes man" dan menegaskan bahawa parti itu sudah tidak lagi relevan untuk meneruskan budaya 'mengangguk' pada apa saja yang dikatakan Presiden parti tersebut.

Secara jujur, saya bersetuju dengan kata-kata Naib Presiden UMNO berkenaan dan yakin bahawa ramai lagi warga parti yang menyokong kata-kata beliau itu. Benarlah bahawa budaya "yes man" sememangnya tidak patut wjud di dalam UMNO.

Namun, bila beliau mengatakan perlunya budaya itu dihentikan, maka timbul pula persoalan yang bertanya tentang sejak bilakah budaya "yes man" itu bermula?

Saya sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk mencari titik mula bagi budaya negatif yang merugikan itu bertapak di dalam UMNO. Pada pandangan saya, ia mula berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sendiri.

Pada zaman awal beliau mentadbir negara dulu, boleh dikatakan Tun Dr Mahathir pada mulanya telah bertindak mengenal pasti pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup menyebelahi dan setia bersama kem beliau.

Setelah dikenal pasti, maka secara tidak langsung, beliau turut sedar tentang pemimpin-pemimpin UMNO lain yang enggan berada di dalam kem politiknya dan mengatur gerakan politik untuk mengambil alih kedudukan Presiden UMNO yang disandangnya. Itu namanya, musuh politik dalaman.

Maka disebabkan itulah maka wujudnya "team A" dan "team B" di dalam politik UMNO dahulu, bukan? Malah UMNO dulu pernah senasib PAS apabila Ku Li yang bertanding jawatan Presiden UMNO telah tewas dan membentuk parti baru. Ingat lagi Semangat 46?

Setelah berjaya mengenepikan musuh politik dalamannya, maka Tun M mula memperkukuh kedudukannya di dalam parti dan kerajaan dengan menerapkan sikap setia padanya. Hasil kempen tersebut, tidak hairanlah ramai yang terpengaruh dan terus taksub padanya hingga kini.

Itulah 'kehebatan' Tun M yang penulis akui. Namun di sebalik kehebatan itulah maka lahirnya budaya "yes man" di mana para pemimpin UMNO terbiasa dengan budaya 'menggangguk' pada apa saja yang beliau katakan, jika mahu karier mereka 'selamat'.

Bagi mereka yang tetap mahu menyanggah atau tidak bersetuju, maka mereka akan digugurkan dari jawatan kabinet kerajaan. Setelah berkuburnya karier di dalam kabinet, pemimpin tersebut akan pastikan turut 'terbenam' di dalam UMNO hingga hilang pengaruhnya untuk bangkit menyanggah kedudukan Tun M sebagai Presiden parti. Contohnya, Ku Li dan ramai lagi.

Pada pandangan saya, sejak itulah budaya "yes man" berkembang pesat dan menjadi amalan di dalam UMNO. Memandangkan Pak Lah tidak memiliki kekuatan "yes man" yang ada pada Tun M, maka begitu mudah sekali beliau 'diturunkan' dari jawatan tersebut.

Paling signifikan, Pak Lah 'diturunkan' oleh Tun M menerusi kelebihan "yes man" itu sendiri di mana mereka yang taksub pada beliau telah dipergunakan untuk mendesak Pak Lah meletak jawatan. 

Hasilnya, berlaku peralihan kuasa.

Dengan kuasa "yes man" itulah juga Tun M menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin paling sesuai untuk menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Maka ramailah ketika itu yang meskipun "no" pada Najib telah sanggup berubah menjadi "yes" pada pilihan Tun M ketika itu.

Dan kali ini, Tun M sekali lagi cuba mengenakan Presiden UMNO dengan pengaruh "yes man"nya itu? Malangnya, saya dapati bahawa Najib bukan Pak Lah, dan beliau jauh lebih bijak berbanding bapa mertua Menteri Belia dan Sukan itu...

Dan kini, saya berpandangan bahawa Najib sedang mengikut jejak langkah Tun M dengan mengenal pasti pemimpin UMNO yang sanggup berada di dalam kem beliau, dan ternyata beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga seolah bercita-cita untuk merebut kedudukan Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

Najib bertindak dengan menggugurkan pemimpin-pemimpin "gunting dalam lipatan" itu dalam rombakan kabinet baru-baru ini. Gerak yang sama dengan Tun M, cuma beliau menggunakan langkah yang berlainan sahaja. Hasilnya tetap sama, bukan?

Apa yang jelas, Najib bukanlah seorang yang menggalakkan budaya "yes man" di dalam UMNO kerana budaya kuku besi dan 'syok sendiri' itu tidak sesuai diamalkan di dalam parti tersebut di zaman ini. Lagipun, beliau bukan Tun M. Beliau hanya anak didiknya sahaja...

Dan kini Naib Presiden UMNO yang gugur itu berkata soal "yes man" seolah mempersoal pihak yang setia pada Najib? Apakah dia tidak sedar bahawa dia sendiri yang mengamalkan budaya "yes man" itu selama berdekad-dekad terhadap Tun M dulu hingga kini?

Nampak sangat Naib Presiden itu 'bengang' digugurkan dari jawatan Menteri, bukan? Hendak dicakap terang-terang tentang kekecewaannya hilang jawatan Menteri, takut pula nanti nampak seperti beliau 'gila jawatan'. Maka beliaun pun cuba menyerang balas dengan cara menyindir?

Maaf cakaplah. Memang tiada pun budaya "yes man" di dalam pentadbiran Najib. Maka sebab itulah ramai Menteri atau MT UMNO yang diberi peluang bersuara bertanya pelbagai perkara kepada Najib sejak beliau menjadi Presiden dan Perdana Menteri.

Malah dalam siri-siri penjelasan, forum, dialog dan sebagainya, Najib sentiasa terbuka dan sedia menjawab segala persoalan yang dilontarkan. Malah sejak dituduh sebagai pembunuh Altantuya ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pun, Najib telah bersikap sedemikian hingga kini.

Mungkin bagi sesetengah orang ia dilihat sebagai 'lemah' dan tidak sekuat Tun M dulu. Namun ia membuktikan Najib tidak mengamalkan budaya "yes man" sebagaimana yang diamalkan pemimpin sebelumnya, bukan?

Jadi, tepatlah tindakan Najib menggugurkan Naib Presiden UMNO berkenaan dari kabinet berkenaan. Sekurang-kurangnya, hilang satu 'duri dalam daging'.

Paling sadis, Najib sempat menyindir kembali Naib Presiden UMNO itu. Kata beliau, jika tidak mahu "yes man" pun, beliau tidak kisah. Namun jika tidak mahu "yes man", janganlah jadi "no man", kan?

Hinggakan perkara yang belum pasti dan dalam siasatan pun hendak dihukumnya Najib seperti orang yang bersalah? Naib Presiden UMNO apa begini? Sikapnya macam Naib Presiden GHB saja, kan? #MohonTerasa Naib Presiden itu...

Disediakan oleh :
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s1600/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment