Monday, August 03, 2015
MH370 Dikhuatiri Meletup Atas Air Sebelum Terhempas Dalam Laut. #reunionisland #mh370
Seorang jurugambar AFP melaporkan beliau melihat polis mengumpul
sekeping lagi serpihan yang dipercayai bangkai pesawat pada hujung
minggu. Laporan mengatakan serpihan tersebut berukuran sekitar 100
sentimeter persegi.
Ahad lalu, sekeping serpihan pesawat yang berukuran 70 sentimeter panjang telah diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan.
Walaupun para penyiasat tidak mengesahkan serpihan yang baru ditemui itu
datang dari mana-mana bahagian pesawat, tetapi pihak media percaya
bahawa ianya ada kaitan dengan kehilangan MH370 milik Malaysian Airline
System (MAS).
Bahagian pesawat yang djumpai pada ahad lalu kini telah dihantar ke
Perancis bagi menjalani ujian. Ia untuk mengesahkan sama ada serpihan
tersebut milik penerbangan MH370 atau pesawat lain.
Menteri Pengangkutan Malaysia pada hujung minggu lalu menjelaskan,
serpihan yang dijumpai tersebut adalah milik pesawat Boeing 777 seperti
yang disahkan oleh pihak berkuasa Perancis dan Boeing.
Walaubagaimanapun, ujian lanjut diperlukan bagi menentukan sama ada ia
milik MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu bersama 239 anak kapal.
Serpihan berukuran 2.5-meter yang ditemui oleh orang-orang membersihkan
pantai di Pulau Reunion tersebut memerlukan masa sehingga
sekurang-kurangnya Rabu minggu hadapan untuk dikenal pasti.
Kini berlegar khabar angin bahawa pesawat MH370 telah meletup diatas air
sebelum terhempas ke dalam laut berikutan penemuan serpihan yang
tersadai di pantai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment