Monday, August 03, 2015

Muhyiddin Bukan Macam Anwar...

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan jawatannya dalam pentadbiran kerajaan masih setia kepada parti tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reezal berkata, walaupun Muhyiddin digugurkan dari jawatannya dalam pentadbiran, Muhyiddin masih setia bersama parti untuk sama-sama berjuang

Tindakan Muhyiddin tidaklah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digugurkan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, yang melakukan onar dalam parti sehingga mempecah-belahkan ahli-ahli parti.

Katanya, Muhyiddin meletakkan kepentingan parti lebih penting dari kepentingan jawatan berbanding Anwar.

"Tan Sri Muhyiddin juga akur, taat setia kepada parti dan bukanlah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah melakukan onar dalam parti kita," kata Reezal Merican ketika merasmikan mesyuarat Umno Ipoh Barat.

Beliau yang mengulas mengenai rombakan Kabinet berkata, semua ahli parti perlu menyokong keputusan perdana menteri, memandangkan keputusan yang dibuatnya demi memperkukuhkan lagi pentadbiran kerajaan.

Oleh itu, Reezal menggesa kepada semua ahli supaya menyokong kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghormati keputusannya.

"Saya mengambil ketetapan rombakan Kabinet itu adalah hak perdana menteri dan tidak boleh dipertikai. Beliau melihat kepada kemaslahatan lebih besar dan perlu kita letakkan ketaatan selagi mana perkara itu membawa kebaikan," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment