Monday, August 03, 2015
Mat Sabu Tunggu Masa Untuk Kebumikan PAS
Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu menyifatkan kewujudan Pas bagi dirinya sudah mati.
Mohamad Sabu atau lebih popular dengan jolokan Mat Sabu berkata demikian
selepas enggan menggulas mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Pas.
Mat Sabu berkata, dirinya tidak akan mengulas mengenai tindakan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat berpihak kepada perdana
menteri akhir-akhir ini.
Katanya, beliau tidak akan memberi komen mengenai parti Islam itu lagi
dan barisan kepimpinannya kerana baginya parti itu sudah tidak lagi
wujud dalam dirinya.
"Saya tak nak komen atas pandangan peribadi Hadi. Saya tak nak komen
lagi hal Pas," tegas Mat Sabu ketika ditemui di Kuala Lumpur selepas
selesai menyampaikan ceramah dalam majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru
bersama Mat Sabu dan Pimpinan'.
Dalam masa sama, beliau turut menyindir presiden Pas itu dengan
mengatakan umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam
perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan.
"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan.
"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah
terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman,"
katanya yang merujuk kepada presiden Pas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment