Monday, August 03, 2015
Najib Mahu Zahid Kekalkan Semangat Setiakawan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mahu Menteri Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus mengekalkan semangat setiakawan
apabila dilantak menggalas tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Najib berkata, beliau yakin dengan lantikan Zahid sebagai timbalan dapat
membantunya untuk mengurus segala urusan negara dan membawa negara
mencapai wawasan 2020.
Katanya, semangat setiakawan itu penting kerana dengan semangat itu,
Zahid dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana
menteri serta kerjasama dengan jemaah menteri lain.
"Saya yakin dan percaya di atas kewibawaan beliau yang dapat membantu
saya dan anggota Kabinet lain dalam satu gandingan dan ikatan yang
mantap lagi kukuh, semangant kesetiakawanan yang jitu untuk menggalas
amanah berat iaitu memenuhi segala kehendak dan aspirasi rakyat," kata
Najib ketika berucap di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini.
Dalam masa yang sama, Najib turut mengucapkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Muhyiddin kerana telah membantunya ketika menyandang jawatan
timbalan perdana menteri dan berharap Muhyiddin akan terus memberi
sumbangan kepada negara.
Selain itu, Najib turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada menteri yang digugurkan dalam Kabinet.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang menjadi timbalan perdana menteri selama ini dan berharap Tan
Sri Muhyiddin akan terus menyumbang baktinya kepada negara.
"Juga rakan-rakan lain yang tiada lagi, Datuk Seri Palanivel, Datuk Seri
Shafie Apdal, Datuk Hasan Malek dan Datuk Ewon Ebin," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment