Monday, August 03, 2015
Ahmad Maslan Dinobatkan Sebagai Pelawak Antarabangsa
Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi (MITI), Datuk
Ahmad Maslan sebagai 'pelawak antarabangsa'.
Muhyiddin berkata demikian kerana kenyataan yang sering dikeluarkan oleh
Ahmad Maslan tidak masuk akal dan yang terbaru mengenai kenyataan
"Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah kerana esok bukan pilihan raya".
Muhyiddin menjelaskan, beliau serta orang ramai tahu dengan kenyataan
Timbalan Presiden Umno mengenai "BN akan tewas sekiranya PRU diadakan
esok" tidak bermaksud esok akan diadakan pilihan raya, tetapi bermaksud
parti itu mungkin mengalami kekalahan pada PRU akan datang.
"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan
kerajaan berkata, kenapa nak kata BN akan kerana esok bukan pilihan
raya. Memang saya tahu esok tak pilihan raya," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, jawapan yang diberikan oleh Ahmad Maslan amat mencuit
hati apabila jawapan yang diberikan seolah menjawab soalan ibu kepada
anaknya yang bertanya mengenai cita-cita anaknya bila dah menjadi dewasa
esok dengan jawapan "saya masih kecil".
"Anggap seperti seorang ibu tanya anaknya, esok besar nak jadi apa? Si anak boleh jawab, esok saya masih kecil.
"Ini mungkin lawak antarabangsa," katanya.
Bagi Andy, bukan Muhyiddin sahaja menganggap Ahmad Maslan sebagai
pelawak, tetapi rasanya satu Malaysia menganggap Ahmad Maslan sebagai
pelawak apabila sering mengeluarkan kenyataan yang mencuit hati rakyat.
Bagus juga terdapat menteri yang sering mengeluarkan kenyataan begini,
tidaklah boring sangat dengan politik tanah air ini. Malah rakyat yang
sering marah dengan kehidupan harian akan tercuit dek tindakan lucu
Ahmad Maslan ini.
Ahmad Maslan mulai popular apabila mengeluarkan gambar berserta
'caption' "menggoreng nasi tanpa GST" yang dihiasinya timun di keliling
periuk.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment