Thursday, August 06, 2015
Menteri Besar Johor Pecat Pegawai Sendiri Kerana Pertahankan Perdana Menteri?
Pihak kami menerima satu printscreen yang menunjukkan satu perbualan
diantara seorang individu yang didakwa pegawai di bahagian pentadbiran
Johor bersama rakan-rakannya menerusi aplikasi sosial Whatsapp.
Individu berkenaan yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen Belia
Malaysia, mendakwa dia dipecat oleh Menteri Besar Johor kerana
mempertahankan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak.
Menurut individu berkenaan, dia telah dipecat serta merta dengan dibayar
pampasan sebanyak sebulan gaji dari Menteri Besar berkenaan.
Apakah perkara ini benar berlaku??
Jika benar, adakah menjadi satu dosa besar untuk pegawai pentadbiran
mempertahankan Perdana Menteri Malaysia sehingga beliau dipecat?
Jika diteliti didalam laman sosial Twitter, anak Menteri Besar Johor
sendiri juga didapati "menyerang" kepimpinan Perdana Menteri Malaysia
dengan pelbagai soalan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak telah menggugurkan
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pagoh,
TS Muhyiddin Yassin dari jawatannya susulan dari isu 1MDB.
TS Muhyiddin juga dilaporkan telah berkunjung ke Istana Johor bagi
bertemu dengan Sultan bersama dengan Menteri Besar Johor beberapa hari
kemudian.
Sebelum ini juga, Muhyiddin serta beberapa pemimpin kabinet kerajaan
yang tidak disambung perkhidmatannya, berjanji akan tetap setia kepada
parti dan tetap menyokong kerajaan. Apakah janji hanya sekadar janji dan
ada muslihat besar disebalik segala janji yang dinyatakan kepada rakyat
serta ahli-ahli UMNO?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment