Sunday, August 09, 2015

Muhyiddin Cakap Tak Serupa Bikin.. Siapa Nak Jatuhkan UMNO Sebenarnya?

Heran betul lah dengan Muhyiddin Yassin ni.., dia sibuk kata hanya mahu menjaga imej dan pertahankan parti Umno, tapi dalam masa yang sama dia juga bagi peluru pada pembangkang untuk hentam Umno.

Lepas tu, bila pembangkang mula hentam dan rakyat mula termakan hasutan pembangkang, Muhyiddin and the gang buat muka suci kononnya tak bersalah apa-apa..

Mat Sembab ni pun mulalah kata dia hanya mahu menegur... Bukannya dia nak jatuhkan Umno kerana sayangnya pada Umno lebih tebal dari Presiden Umno sendiri.. Hahahaha..., nampak tak permainan brengsek Muhyiddin di situ beb?

Kalau betul Muhyiddin sayangkan Umno lebih dari Presiden parti, habis siapa yang nak jatuhkan Umno sebenarnya ni? Takkan Lim Kit Siang boleh jatuhkan Umno? Takkan Anwar pulak kot sebab Anwar dah masuk Universiti di Sg Buloh..

Takkan Mukhriz dan Mahathir nak jatuhkan Umno sebab dorang tu lagi cintakan Umno berbanding semua orang Umno dalam Malaysia.. Habis sapa sebenarnya dalang nak lingkupkan Umno ni beb???

Kalau tanya gua, yang nak melingkupkan Umno adalah orang kanan Umno yang kritik Presiden Umno secara terbuka dari dalam. Muhyiddin ke orang tu? Ke Shafie Apdal yang dah tak berapa afdal tu? Korang fikirlah sendiri ye..

Sepatutnya, masalah dalaman parti perlu diselesaikan secara tertutup.. Gila lah hal dalaman rumah tangga nak pi cerita habis kat umum.. Ibarat orang kahwin, takkan tak puas dengan suami atas katil pun nak cerita kat dalam paper kann..

Tapi itulah yang Muhyiddin dan kawan-kawan dia tengah buat.. Itulah perangai Muhyiddin yang kata sayang sangat pada Umno. Bagi dorang-dorang tu, kutuk Presiden sendiri adalah cara paling romantik dan sweet untuk tunjukkan sayang tu..

Agaknya, ada lagi tak manusia yang berfikiran jumud macam tu? Apa tak ada nya pulak beb..., cer try tanya Mahathir.. Confirm dia akan jawab kutuk dan maki hamun Presiden tu sebenarnya adalah tanda cinta yang sangat dalam lahir dari sudut hati sanubari suci beliau. Hahahaha.. 

Disediakan oleh : Spyleman

No comments:

Post a Comment