Sunday, August 09, 2015
Kasihan Shafie.. Baru Hari Ini Sedar Hilang Jawatan Menteri
Kesian kat Shafie Apdal ni kann.. Punyalah mengaku dia bukan Yes Man
didalam Umno sebab tu lah kena gugur dari jawatan. Habis kalau bukan Yes
Man, bermakna dia tu kaki bangkang lah kann..
Memang padanlah kena gugur jawatan Menteri kalau kaki bangkang.. Ada ke
Ketua yang nak orang bawahan dia kritik setiap benda atas nama kebebasan
bersuara? Rasanya dalam rumahtangga pun kena ada adap beb kalau nak
tegur kepala keluarga.. Bukan boleh main cakap lepas je..
Siapa yang boleh tahan kalau orang bawahannya asyik membantah dan juga
kritik segala tindakan yang dibuat? Kalau kritik saja tak apa, ini siap
dengan reka cerita fitnah dan cuba nak memandai-mandai dalam segala
hal..
Kalau orang bawahan tu cerdik tak apalah jugak kann.., ini cerdiknya tak
lah besar mana punn.. Kurang cerdiknya tu yang banyak terserlah..
Rasanya, ketua mana pun tak suka kalau dikritik secara terbuka walaupun
atas alasan nak nasihatlah kononnya. Boleh saja cakap secara tertutup
dan berbincang elok-elok untuk selesaikan masalah.
Bila dah berani nak kutuk ketua sendiri dan fitnah depan umum macam
ketua sendiri teruk sangat, maka bersedialah terima akibat dari tindakan
tersebut. Kena lucut jawatan atau ditukarkan, itu perkara biasalah..
Jangan pula anggap kalau dia digugurkan dari jawatan Menteri, maka akan
tumbanglah kerajaan yang ada serta lingkuplah parti yang dia naungi..
Kalau macam tu punya pemikiran yang ada, elok simpan je angan-angan
kosong tu beb..
Jangan rasa bagus sangat kerana ramai lagi individu yang layak didalam
Umno dan BN untuk dilantik ke jawatan tersebut. Dan jangan meroyan
sangat bila hilang jawatan kalau diri tu perasan best sampai terlebih
sudu dari kuah ye.
Disediakan oleh : Spyleman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment