Sunday, August 09, 2015
Konsep Adil Dalam Pembangkang Bila Keadaan Memihak Kepada Mereka
KUALA LUMPUR : Tindakan pembangkang yang mempertikaikan hasil
siasatan dan juga keputusan dalam apa juga isu negara memperlihatkan
sikap kepimpinan pembangkang yang tidak matang serta sikap dwi standard
mereka dalam menghadapi sesuatu is yang berlaku di negara ini.
Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kasim,
selagi keputusan atau hasil siasatan itu tidak berpihak kepada mereka,
maka selagi itulah mereka akan mempertikai apa juga hasil siasatan dan
juga keputusan yang diberikan.
“Pembangkang ini hakikat sebenarnya tidak boleh menerima perkara yang
tidak menyebelahi mereka. Mereka sentiasa menganggap apa yang mereka
katakan itu benar dan betul belaka, biarpun ianya satu fitnah. Bila dah
pecah tembelang, mereka akan hujah apa saja demi untuk mempertahankan
apa yang mereka katakan itu.
“Mereka ini seolah-olah menganggap undang-undang itu mereka punya.
Sebab itu mereka dengan semberono mempertikaikan apa juga hasil siasatan
dalam isu-isu negara malah mereka ini tidak boleh menerima keputusan
biarpun ianya diputuskan oleh Sultan sekalipun.
“Sikap pembangkang ini sebenarnya bukanlah satu contoh yang baik
untuk diteladani memandangkan mereka ini mengajak rakyat agar tidak
mempercayai sistem kehakiman dan keadilan negara dan memberontak
terhadapnya,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Ekoran kebejatan yang diperlihatkan oleh kepimpinan pembangkang itu,
maka Ruslan berpendapat bahawa kepimpinan pembangkang hari ini masih
belum layak untuk menjadi pentadbir negara lantaran sikap tidak
profesional dan matang mereka itu.
“Sikap pembangkang yang secara berterusan tidak menghormati sistem
kenegaraan adalah sesuatu yang membimbangkan. Perkara ini harus
dihentikan kerana ia akan menyebabkan rakyat akhirnya tidak percaya
terhadap sistem kehakiman negara.
“Jika sistem kehakiman dan keadilan negara kita sendiri sudah tidak
dipercayai, kita nak percaya siapa lagi? Takkan nak letakkan kepercayaan
terhadap pembangkang yang sudah berapa kali pecah tembelang menipu dan
menyebarkan perkara tidak benar semata-mata untuk membuatkan rakyat
membenci kerajaan.
“Kita boleh lihat selama jika keputusan sebarang siasatan atau
keputusan mahkamah dalam apa juga isu itu tidak memihak kepada mereka,
maka pemimpin pembangkang akan mengemukakan 1,001 sebab untuk pertikai,
tetapi jika ia menguntungkan mereka, maka tanpa banyak soal akan terus
sifatkan ia sebagai tepat dan baik,”ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar pihak pembangkang bersikap lebih profesional, rasional dan tidak bias dalam sesuatu isu.
“Saya berharap agar pembangkang di negara ini jadilah pembangkang
yang boleh perkukuh negara serta yang mampu menyumbang untuk menegakkan
demokrasi di negara kita dan bukan hanya memperjuangkan sesuatu perkara
yang ada kepentingan kepentingan politik kepartian dan peribadi mereka
sendiri semata-mata,”akhirinya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment