Friday, August 21, 2015
Murid Dan Guru di Pulau Pinang DIHARAMKAN Sambut Merdeka Versi DAP
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain hari ini
mengharamkan pelajar dan tenaga pengajar di seluruh negeri Pulau Pinang
untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 yang dianjurkan kerajaan negeri.
Ini berikutan tema yang diguna pakai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang
bertentangan dengan kerajaan Persekutuan apabila mereka menggunakan tema
'Bersih'.
Jelas Osman, beliau mengharamkan pelajar dan tenaga pekerja dinegeri itu
menyambut adalah kerana ia bertentangan dan mahu menghasut minda anak
muda khususnya pelajar dengan politik kotor mereka.
Oleh itu, beliau mengharamkan mana-mana pelajar mahupun tenaga pelajar
untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan DAP itu.
"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi
atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin
politik di negeri itu," kata Osman.
Agak biadap apabila kerajaan DAP Pulau Pinang berani mencemari sambutan
Hari Kemerdekaan dengan meletakkan tema 'Bersih' yang selari dengan
perhimpunan 'Bersih' yang akan diadakan hujung bulan ini.
Malah, mereka menggunakan taktik kotor dengan menggaburi perhimpunan
'Bersih' itu dengan mengadakan hari sambutan Kemerdekaan oleh kerajaan
negeri yang akan disertai oleh pelajar.
Mengapa perlu melakukan begitu?? takut kerana tidak mendapat sokongan
pada hari perhimpunan itu diadakan ke?? ataupun mahu mengatakan rakyat
di negeri Pulau Pinang juga turut mengadakan perhimpunan 'Bersih' untuk
menuntut kehendak pemimpin pembangkang??
Amat dikesali apabila kerajaan negeri sanggup melakukan demikian
semata-mata mahu memenuhi impian mereka sehingga mengotori institusi
pendidikan di negeri itu.
Kita mahu menyambut hari Kemerdekaan bagi mengingati perjuangan pemimpin
yang bermati-matian mahu membebaskan negara dari penjajah, namun hari
ini mereka ini pula mahu mencemari hari itu dengan mengadakan
perhimpunan yang entah apa tujuannya.
Diharap, penduduk negeri Pulau Pinang serta seluruh rakyat dapat membuka
mata dengan tindakan busuk pembangkang dan DAP ini yang mahu mencemari
hari Kemerdekaan dengan mengadakan perhimpunan yang tidak memberi
sebarang faedah kepada peserta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment