Thursday, August 06, 2015
Orang Macam Ni Patut Di Nyah Dulu.....Kuala Terengganu Putuskan Hubungan Dengan Raja Kamarul Bahrin
SHAH ALAM : Hanya PAS Kuala Terengganu sahaja yang memutuskan kerjasama
dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas ahli
Parlimennya itu diumumkan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB)
Terengganu.
ADUN Chukai, Hanafiah Mat berkata, pendirian PAS kawasan berkenaan
mungkin diambil selepas Raja Bahrin hadir ke majlis hari raya anjuran
gerakan berkenaan yang sekaligus menampakkan sokongannya terhadap GHB.
Semalam Raja Kamarul mendakwa beliau masih belum membuat sebarang
keputusan tentang pelantikannya sebagai Pengerusi GHB Terengganu.
"Memang beliau sebut begitu, namun pada jamuan hari raya dan ceramah GHB
di Besut, beliau telah diumumkan sebagai Pengerusi GHB Terengganu. Maka
mereka (ahli-ahli PAS) ingat apabila diumumkan, seolah ada persetujuan.
"Bukan saja-saja mereka nak buat begitu kepada beliau. Sebab sepanjang
perbincangan ahli-ahli parti, saya difahamkan jika Raja Kamarul tidak
hadir di program GHB, maka beliau (dianggap) masih bersama dengan PAS
Kuala Terengganu.
"Namun apabila beliau hadir dan diumumkan, maka mereka rasa sudah tidak
ada harapan untuk bersama dengan beliau dan buat keputusan dalam
mesyuarat untuk hilang kerjasama," katanya ketika dihubungi Antarapos,
hari ini.
Terdahulu, Raja Kamarul menyatakan kekecewaannya selepas digelar
'pengkhianat' selepas namanya diumumkan sebagai Pengerusi GHB
Terengganu.
Beliau 'hairan' mengapa dilayan sedemikian rupa sedangkan individu lain
yang turut menyertai GHB tidak pula menerima nasib sepertinya.
Malah tindakan PAS Kuala Terengganu mengumumkan memutuskan hubungan
dengannya pada malam menjelang majlis sambutan hari raya disifatkannya
sebagai satu tindakan sabotaj.
PAS Terengganu sebelum ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan Raja
Kamrul dan mengarahkan ahlinya agar tidak menghadiri atau menyertai
apa-apa program melibatkan ahli Parlimen itu.
Lebih mendukacitakan, Raja Kamarul terdahulu ditawarkan untuk menjadi
ahli jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, namun beliau menolak, ujar
Hanafiah.
"Kita difahamkan oleh YDP PAS Kuala Terengganu bahawa beliau sudah
mengadakan perjumpaan dengan Raja Kamarul untuk bersama dengan AJK PAS
Kuala Terengganu, namun beliau menolak jawatan itu dengan alasan sibuk
dan hendak mengendalikan urusan di KL.
"Namun dalam masa sama, mereka nampak Raja Kamarul semacam terlibat dengan GHB dan ini membuatkan mereka kesal.
"Saya merayu kepada Raja Kamarul, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ADUN
Batu Burok) dan rakan-rakan lain di dalam GHB kembali semula kepada PAS,
seperti biduk berlalu kiambang bertaut. Maknanya kembali menyertai
semula perjuangan yang asal untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN," ujar
Hanafiah lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment