Thursday, August 06, 2015
Duit Dana Pembangkang Turun Dari Langit Atau Ayah Pin ? - Isa Samad
Jangkaan meleset daripada banyak pihak khususnya pembangkang mengenai
wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan
dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menimbulkan kemarahan pelbagai
pihak.
Sehubungan itu, jelas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad,
tidak mustahil pembangkang terus mencari helah mencipta idea baru supaya
isu tersebut tidak tenggelam dengan menimbulkan lagi beberapa provokasi
untuk terus menekan Perdana Menteri.
Ramai yang memikirkan termasuk media baru seolah-olah wang peribadi yang
dimasukkan ke akan Datuk Seri Najib itu adalah wang 1MDB.
“Jadi bila mereka fikirkan begitu, sedapla mereka (pembangkang) nak
melanyak Perdana Menteri guna isu tersebut, jadi bila jangkaan mereka
tak betul, sebab itu mereka marah dan melatah tanya ke benda-benda lain
pula,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan dan tohmahan yang terus
dilemparkan kepada Najib meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) telah mengeluarkan keputusan berhubung perkara tersebut.
Padanya, ia adalah suatu perkara normal bagi mana-mana pihak memberikan
sumbangan kepada melalui Perdana Menteri supaya parti kekal terus
beroperasi sehingga hari ini.
“Orang macam saya memang tahu, orang pernah jadi Menteri Besar,
Pengerusi, jadi kita tahu, takkan orang macam Perdana Menteri tidak reti
mengasingkan sumbangan dana politik? Takkan dia nak ambil?
“Cuma siasatan SPRM itu tidak memenuhi hasrat pihak mereka yang
menentang, jadi mereka kecewa, timbul pula isu yang lain,” katanya lagi.
Dalam sidang media yang sama, Isa turut menyambut baik gesaan Perdana
Menteri supaya pembangkang turut mengisytihar sumber dana yang
diperolehi.
“Kalau mereka nak kita isytihar, kita sama-sama isytihar, kalau kita
tengok pembangkang, poster mereka cantik-cantik, warna warni lagi takkan
duit turun dari langit, takkan pula dari ayah pin?” soalnya.
Jadi jelasnya sudah pasti ada pihak tertentu yang menyumbangkan duit
kepada semua parti pembangkang bagi mereka meneruskan aktiviti politik
mereka.
Sehubungan itu adalah tidak wajar pembangkang mempersoalkan dana yang diterima Najib untuk kegunaan UMNO dan BN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment