Wednesday, August 05, 2015
Menteri Besar Perak Jawab Isu Bakal Kena Pecat
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menolak dakwaan
pembangkang yang kononnya akan berlaku perubahan di peringkat kepimpinan
kerajaan negeri Perak termasuk pertukaran Menteri Besar.
Katanya, spekulasi politik sedemikian yang dicetuskan oleh pembangkang
bukan pertama kali berlaku malah ia sudah pun berlaku sejak 2012 lagi.
"Ini adalah kerja-kerja spekulator politik, kerja mereka memang menjadi
spekulator... ada sedikit perubahan mereka akan buat spekulasi."
"Ini bukan pertama kali (pembangkang buat spekulasi), (berlaku) dari
2012, 2013, kononnya (dakwa) sebelum ini saya sudah tidak bertanding,
kemudian 2013 saya sudah tidak jadi menteri besar, selepas itu 2014
(saya) akan ditukar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak di Ipoh,
semalam.
Menurut Zambry, perkara itu sama sekali tidak mengganggu tugasnya, malah
akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar untuk
menjaga rakyat di Perak.
Merujuk laporan sebelum ini, PAS kawasan Kuala Kangsar mendakwa
pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana
Menteri ke-11 yang satu-satunya berasal dari Perak akan turut menyumbang
kepada perubahan yang bakal berlaku.
Selain itu, PAS kawasan tesebut turut mendakwa, penstrukturan semula
Kabinet baru-baru ini akan disusuli perubahan di peringkat kepimpinan
kerajaan negeri termasuk pertukaran Menteri Besar.
Mengulas mengenai pembangkang tidak bersetuju membuat pendedahan sumber
kewangan parti sebagaimana dicadangkan oleh Perdana Menteri, Zambry
berkata, adalah tidak wajar mengkritik satu pihak sahaja.
"Sekiranya ada usaha-usaha yang mana mereka (pembangkang) selama ini
bercakap soal keterbukaan, transparensi dan sebagainya kononnya politik
baru, politik yang lebih bermaruah dan sebagainya."
"Apabila ada usaha ke arah itu mereka perlu sokong tetapi kenapa pula
mereka menuduh barisan nasional 'bagai parti yang penuh dengan
corruption'. "
"Apabila PM syorkan supaya semua parti melalui jawatankuasa SPRM adakan
satu pengisytiharan sumber, kenapa mereka tak nak, ini jelas menunjukkan
sikap mereka yang sebenar," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment