Wednesday, August 05, 2015
Lagi....Beberapa Pemimpin PAS Melaka Bakal Sertai GHB
MELAKA : Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka hari ini mendakwa
beberapa pemimpin PAS di negeri ini bakal menyertai gerakan itu, kata
Koordinatornya Adli Zahari.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkata, antara
pemimpin yang bakal menyertai GHB itu ialah dirinya sendiri dan seorang
lagi bekas pesuruhjaya PAS di negeri ini.
Sehubungan itu, katanya pemimpin PAS yang terlibat akan mengumumkan
hasrat mereka menyertai GHB kepada umum pada 'program jelajah' yang
dianjurkan gerakan itu pada Jumaat ini di sini.
"Program itu akan turut disertai beberapa pemimpin parti politik
pembangkang daripada DAP dan PKR serta pemimpin NGO," katanya di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut disertai Ahli
Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.
Ditanya tentang tindakan oleh PAS pusat terhadap ahli PAS Melaka yang
menyertai GHB, Adli berkata setakat ini tiada isu pemecatan dalam
kalangan pemimpin atau anggota PAS di negeri ini kerana menyertai
gerakan itu.
"Ia terpulang kepada kepimpinan PAS untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment