Sunday, August 09, 2015
Panel SPRM Tuntut Dua Pegawai Dikembalikan... Aikkk Siapa Yang Berkuasa Pulak Ni
PETALING JAYA : Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menuntut
agar Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk
Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan
mereka meneruskan tugas masing-masing.
Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaafar dalam satu kenyataan pada Sabtu
berkata, pihaknya yang merupakan salah satu panel memantau perjalanan
SPRM terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada
Jumaat.
Menurutnya, pertukaran tersebut pasti akan meningkatkan ketegangan seperti yang berlaku ketika ini.
"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan
berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan
teori konspirasi.
"PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi
Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk
Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan
mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM," katanya dalam satu
kenyataan.
Pada Jumaat, Bahri dan Rohaizad dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Johan berkata, panel itu menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan
terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.
Panel itu turut memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)
SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai
pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya
bertindak atas arahannya.
"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini
sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," kata Johan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment