Sunday, August 09, 2015
Patut Pun Dikenakan Tindakan.... Tak Patutlah Orang Politik Duduk Begini
Perpindahan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa semalam tidak
sepatutnya dipolitikkan kerana ia prosedur biasa bagi penjawat awam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata
perpindahan itu bukan tindakan tatatertib seperti didakwa sesetengah
pihak, sebaliknya ia lebih kepada isu pentadbiran.
"Ia tiada kaitan langsung dengan tindakan (soal siasat) oleh Polis
Diraja Malaysi (PDRM) terhadap kedua-dua pegawai kanan terbabit, malah
saya berpendapat ia hanya soal pentadbiran yang dilakukan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).
"Ini adalah lumrah biasa bagi penjawat awam untuk dipindahkan pada
bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja (agensi atau lokasi penugasan).
Setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan pekeliling dan perintah
am, malah ada akujanji ditandatangani ketika pelantikan. Justeru, saya
fikir isu ini tidak perlu dipolitikkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Kenaman Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching, sebelum berlepas pulang ke ibu negara
sebentar tadi.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berada di bandaraya ini sejak
semalam bagi mengadakan lawatan sulungnya ke negeri ini selepas dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet, 28 Julai lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment