Sunday, August 09, 2015

Belum Pernah Terjadi Polis Tahan SPRM... Siapa SPRM Yang Tak Buat Silap Ker?

PUTRAJAYA : Aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir menyifatkan tindakan polis menahan dan menyoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap skandal rasuah belum pernah terjadi dalam sejarah.

Menurutnya, rakyat perlu berdiri teguh di belakang SPRM agar suruhanhjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan telus.

“Kami tidak pernah melihat ini di mana-mana, orang-orang yang ditugaskan untuk melakukan kerja sedang dihukum kerana menjalankan tugas mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi aktivis, Animah Kosai  berkata, rakyat menyanjung keberanian dan kewibawaan SPRM terhadap tekanan yang sedang dihadapi.

“Segala yang berlaku memberi gambaran jelas mengenai kepentingan kebebasan institusi awam,” katanya.

Menurutnya, SPRM juga perlu diberi pengasingan kuasa berbeza dengan jabatan awam lain.

“Lumrah dunia yang menunjukkan sebenar-benarnya wira.  SPRM hanya datang  dalam keadaan genting,” katanya selepas menyerahkan memorandum sokongan rakyat semalam.

Marina ni memang lama dah jadi di antara Jurucakap Pembangkang, tak heran nada spin isu dikeluarkan oleh beliau. SPRM sekarang ini adalah di antara Jabatan di bawah JPM, seperti juga Suruhanjaya2 lain seperti SPR, SPA, SPP dll. Jadi ia tertakluk kpd "check & balance" jika perlu siasatan drpd Jabatan penguatkuasa lain seperti PDRM di bawah KDN dan sebaliknya. Pegawai SPRM juga tertakluk kpd arahan kakitangan kerajaan tidak boleh buat sebarang kenyataan akhbar lebih2 dlm isu2 sensitif yg boleh menonjolkan sokongan kpd mana2 Parti politIk. Inilah masalahnya apabila terlalu banyak kuasa diberikan kpd sesuatu Jabatan hingga gila kuasa telah menguasai mereka hingga lupa dgn peraturan2 serta had2 dlm perkhidmtan sesorang kakitangan awam itu!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment