Sunday, August 09, 2015
Pembangkang Sabotaj Antara Punca Ekonomi Negara Lembab.... Itulah Pembangkang Mahukan Selama Ini.. Lepas Tu Tuduh Kerajaan
KUALA LUMPUR : Dakwaan pembangkang terhadap pasaran yang
kemudiannya dijaja ke luar negara antara punca kejatuhan ekonomi
mengakibatkan kerugian kepada negara sendiri.
Exco Pemuda UMNO Shahril Hamdan berkata, ianya terbukti apabila
pembangkang mensabotaj ekonomi negara dengan meramalkan kejatuhan
ekonomi kepada pelabur asing dan telah terbukti bahawa ramalan tersebut
adalah silap.
"Beberapa tahun lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke Hong
Kong dan berkata (kepada pelabur) jangan melabur di Malaysia. Jangan
melabur di Malaysia kerana (laporan) Fitch meramalkan kejatuhan
(unjuran). Fakta!
"Tapi kini (unjuran)Fitch telah naik," katanya dalam Forum Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-19 di sini, hari ini.
Tidak berhenti setakat itu sahaja, kata Shahril, pembangkang turut mendakwa pelaburan luar juga bakal merudum.
Ujarnya pelaburan asing meningkat 25% daripada sebelumnya, tertinggi dari mana-mana negara-negara ASEAN.
"Contoh ketiga, mereka (pembangkang) kerajaan Barisan Nasional (BN) akan
membelanjakan dengan boros dan akan mengakibatkan defisit meningkat
kepada 7%.
"Tapi hanya 3%. Ini adalah tiga contoh kesilapan besar pembangkang terhadap ekonomi negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment