Sunday, August 09, 2015
PAS dan Parti Mat Sabu Akan "Berperang" Di Sarawak.
Pertembungan awal PAS/GHB mungkin akan berlaku dalam pilihan raya DUN
Sarawak. Hal berikutan rancangan PAS yang merancang untuk bertanding di
lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.
6 daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam
perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak. Ketua Dewan
Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata 6 kawasan
itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau,
Beting Maro dan Belawei.
Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar
berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai
terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar
ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemunculan Gabungan
Harapan Baru (GHB).
Sedangkan GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan
hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan
keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka.
Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah
mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.
Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya
Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam tadi, Nik Abduh
berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak,
pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya
negeri Sarawak kelak.
Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu
Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah
sebuah parti yang sukakan cabaran. Kata Nik Abduh lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment