Sunday, August 09, 2015
Ini Punca Kenapa Pegawai SPRM Ditukar.. Kenapa KJ Tak Faham Lagi?
Khairy Jamaluddin seolah-olah bersetuju dengan kunjungan pihak
pembangkang ke SPRM apabila mendesak agar tindakan yang diambil ke atas
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihentikan segera.
"Saya harap tindakan seperti ini (pertukaran pegawai kanan
SPRM) dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mesti
berhenti. Saya tak boleh terima serangan terhadap institusi seperti
SPRM.
"Pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik
dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang
terhadap SPRM yang bagi saya melemahkan institusi kita," katanya kepada
media.
Tambahnya, tindakan yang diambil terhadap SPRM sebelum ini
bukan sahaja melemahkan institusi berkenaan malahan mampu melemahkan
kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Kata beliau, sekiranya
tindakan sebegini diteruskan, kepercayaan rakyat terhadap institusi dan
juga kerajaan akan jadi lebih teruk daripada apa yang ada hari ini.
"Saya
difahamkan pegawai dipindah itu adalah pegawai yang mungkin kesalahan
dia hanya menerima kunjungan daripada parti pembangkang. Lepas tu esok
harinya dipindah. Bagi saya itu adalah sangat-sangat tidak adil.."
katanya.
Khairy yang merupakan Menteri di Kementerian Belia dan
Sukan, seakan-akan lupa bahawa selama ini pihak pembangkang amat benci
kepada SPRM khususnya didalam isu Teoh Beng Hock.
Tetapi demi
untuk menjatuhkan Perdana Menteri, pembangkang sanggup kembali berpeluk
dengan SPRM walaupun selama ini mereka menghasut rakyat supaya membenci
badan berkenaan.
Jadi apa motif Khairy yang menyatakan bantahan
terhadap pertukaran pegawai SPRM yang jelas bersekongkol dengan
pembangkang didalam konspirasi memburukkan imej kerajaan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment