Sunday, August 09, 2015
Sila Letak Jawatan Menteri Kalau KJ Betul-Betul Berani!!
Selepas mendabik dada kononnya tidak takut hilang jawatan apabila
mengkritik pertukaran dua pegawai SPRM, Khairy menghasut pula ahli-ahli
Umno khususnya Pemuda supaya berani untuk bangkit bersuara jika
mendapati parti itu bermasalah.
Khairy mengatakan, suara bantahan dan kritikan itu boleh disampaikan melalui mesyuarat perwakilan.
"Saya rasa kalau kita tak sebut kita ada masalah, orang akan gelakkan
kita, sebab satu dunia tahu kita hadapi keadaan politik yang sangat
mencabar pada hari ini.
"Ahli umno bangkitlah. Jangan cakap tak ada masalah. Bersama-sama
bangkit untuk cari penyelesaian dan kembalikan maruah Umno," katanya
yang dilihat seakan mahu ahli-ahli Umno menentang Presiden parti.
Khairy yang sebelum ini menjadi punca kejatuhan Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi mendakwa, Umno hari ini menghadapi krisis
kepercayaan apabila rakyat semakin tidak yakin kepada parti berkenaan.
Katanya, pemimpin Umno tidak dapat menyelesaikan masalah jika akar umbi tidak bersuara untuk menyatakan hakikat parti itu.
Perbuatan Khairy yang menghasut ahli-ahli Umno supaya mengkritik parti
sendiri ini langsung tidak dapat diterima. Apatah lagi Khairy menjawat
jawatan Ketua Pemuda Umno.
Jika benar Khairy sangat berani bersuara dan tidak hairan kepada pangkat
serta nama, beranikah Khairy meletakkan jawatan sebagai Menteri dan
juga Ketua Pemuda Umno? Jika tak tahu untuk setia kepada Presiden parti
sendiri, Khairy nampaknya tak lagi layak untuk mengepalai Pemuda Umno.
Khairy patut belajar kepada penyokong Anwar didalam PKR yang tetap
mempertahankan Ketua Umum mereka biarpun secara jelas bersalah didalam
perlakuan liwat.
Jika erti kesetiaan pun sukar difahami oleh Khairy, jelaslah bahawa
Samsul Iskandar lebih cerdik dari menantu Pak Lah itu walaupun Samsul
bukanlah kelulusan Oxford!
Dan satu makluman untuk Khairy yang agak kurang cerdik walaupun katanya
belajar tinggi.., pertukaran pegawai kerajaaan tak perlukan kelulusan
dari kabinet..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment