Sunday, August 09, 2015
SPRM Lubuk Pembangkang? Ramai Lagi Pegawai Akan Kena Siasat Oleh Polis
Benarkah majoriti penjawat awam kini merupakan penyokong pembangkang
walaupun berkhidmat dengan kerajaan? Perkara ini menjadi barah kepada
kerajaan yang memerintah jika benar kerana ia membabitkan integriti
serta amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap penjawat awam.
Ibarat mengambil musang untuk menjaga sereban ayam, kerajaan meletakkan
negara didalam bahaya apabila membiarkan anasir pembangkang
bermaharajalela didalam agensi serta kementerian sendiri.
Lihat apa yang berlaku di SPRM baru-baru ini, khabarnya dua pegawai yang
ditukar tersebut adalah penyokong pembangkang yang berkerja dengan
kerajaan. Walaupun mereka-mereka ini sering mengutuk kerajaan didalam
segala hal, tapi mereka selalunya tanpa rasa segan mengaut pendapatan
dari kerajaan yang mereka kutuk.
Mereka ini tak ubah seperti muka tembok yang kebal dari sebarang caci
maki dan juga pandangan serong rakyat Malaysia. Yang mereka pedulikan
hanyalah mengisi perut sendiri dengan duit kerajaan walaupun amanah yang
diberikan langsung tak dijalankan dengan sempurna.
Apakah hukumnya orang yang tak amanah jika mengikut definasi Islam?
Bukankah mereka yang tak amanah itu sudah mempunyai ciri-ciri munafik?
Dan bukankah mereka yang munafik itu tak diterima amalannya?
Selalunya mereka yang menjadi penjawat awam pro pembangkang ini berhujah
mengatakan bahawa gaji yang mereka terima setiap bulan bukannya duit
kerajaan, tetapi ianya duit rakyat. Betulkah begitu?
Kalaupun duit gaji yang diterima itu duit rakyat, persoalannya sekarang
adakah penjawat awam yang pro pembangkang ini amanah didalam menjalankan
tugas mereka? Halalkah duit gaji yang diterima jika kebanyakan masa
mereka digunakan untuk berpolitik mengutuk majikan sendiri?
Apabila sesuatu amanah tersebut tidak dijalankan dengan sempurna,
janganlah pula nak disalahkan kepada majikan jika mereka mengambil
tindakan membersihkan agensi dari anasir-anasir munafik tadi.
Dalam kes SPRM, Polis akan menyiasat lebih ramai individu untuk
mengenalpasti dalang sebenar pembocor maklumat. Polis hanya menjalankan
tugas.., jangan pula mereka disalahkan hanya kerana mahu melindungi
orang yang tak amanah!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment