Tuesday, August 04, 2015

PAS Seru Semua Rakyat Sokong Perdana Menteri

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari tampil menyatakan pendiriannya mengenai desakan Perdana Menteri harus ditukar dengan mengatakan ia tidak bersetuju dengan desakan tersebut.

Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju jika Perdana Menteri ditukar bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda negara ini.

Jelasnya, dengan desakan agar Perdana Menteri ditukar bagi menyelesaikan kemelut yang melanda, ia bukanlah satu jalan terbaik tetapi bakal menambahkan kemelut sedia ada.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk terus mentadbir negara bagi membawa negara mencapai wawasan 2020.

"Ia tidak selesai dengan turunnya timbalan perdana menteri dan tidak selesai dengan turunnya, Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan yang ada mesti bertanggungjawab... sebab itu kita kata mesti buat perubahan secara menyeluruh di mana rakyat mesti diberi keyakinan," kata Tuan Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Peringkat Pas Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau yang menjelaskan pendiriannya yang menyokong Najib untuk kekal sebagai perdana menteri mengatakan, jika perdana menteri dan bebanan tersebut tidak dapat dipikul oleh perdana menteri itu maka rakyat sendiri yang terpaksa menanggungnya.

Katanya, jadi biarlah Najib menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri sehingga tempoh yang diberi tamat.

"Sebab bagi kita, tukar perdana menteri, kalau ganti dengan yang sama, polisi yang sama, bebanan rakyat terpaksa dipikul berterusan," katanya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini turut menyatakan pendirian yang sama mahu perdana menteri dikekalkan.

Jelas Hadi, dengan desakan mahu perdana menteri ditukar bukanlah jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Sudah banyak masalah yang kita alami sebelum ini tapi memang kita ini betul 'Melayu mudah lupa'. 

Kita ingat yang baharu sahaja. Bila datang masalah, tukar perdana menteri, datang masalah pecat timbalan perdana menteri . Lepas satu satu. Masalah tak selesai. Lantik yang baharu, masalahnya tetap datang," kata Hadi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment