Tuesday, August 04, 2015
PAS Tanggung Beban Jika Kerjasama Dengan UMNO - Naib Presiden.. Sedapnya Mulut Dia Ni
PETALING JAYA : PAS tidak pernah bercadang atau bercakap-cakap tentang
jalinan kerjasama parti itu dengan Umno, kata Naib Presidennya, Idris
Ahmad.
Idris berkata, isu kerjasama antara dua parti tersebut tidak sepatutnya
ditimbulkan, terutamanya pada masa ini di mana Umno dilihat sedang
berdepan banyak isu dan masalah.
"Kita tak pernah bincang dan tak pernah buka cerita tentang kerjasama antara dua parti ini.
"Umno pun ada banyak masalah, takkanlah PAS nak kerjasama, sama-sama
tanggung beban mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin, Ahad, supaya Umno mempertimbangkan kerjasama dengan PAS
yang berkemungkinan menjadi jalan untuk Umno bergerak ke hadapan serta
menyatu padukan masyarakat Melayu.
Cadangan itu dibuat ekoran kenyataan oleh ahli-ahli PAS yang dilihat
menunjukkan parti itu terbuka untuk kerjasama, termasuklah kenyataan
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron
Din mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Abdul Hadi telah menggesa ahli Parlimen partinya memerhatikan terlebih
dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul
tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata kenyataan Abdul Hadi itu telah dimanipulasikan.
"Tak ada kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi yang menyatakan sokongan kepada Najib.
"Mana ada kenyataan itu, ia telah dimanipulasikan," katanya.
Mengenai PAS yang dilihat Nong Chik lebih terbuka sekarang, Idris
berkata PAS bersikap terbuka sepanjang masa dengan mana-mana pihak jika
ia melibatkan kepentingan agama dan negara.
"Bila masa yang PAS ini tak bersikap terbuka? Keterbukaan kita adalah
setiap masa asalkan ia mempunyai kepentingan untuk agama dan negara.
"Sejak dulu lagi orang bercakap tentang kerjasama PAS-Umno, zaman Pak
Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun ada, tapi kita telah menyatakan tak
ada tindakan ke arah itu. Saya tahulah memang kita tak pernah bincang
tentang ini," katanya.
Pada Ahad, Nong Chik yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai semasa
berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian itu berkata walaupun beberapa
ahli partinya telah menuntut supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak
jawatan sebagai perdana menteri, namun Abdul Hadi dan Haron telah
berkata sebaliknya.
"Ini menunjukkan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan kita," katanya.
Nong Chik berkata, parti itu boleh bermula dengan bekerjasama dalam
proses persempadanan semula yang sepatutnya dilakukan setiap 10 tahun
atau lebih, dan dari situ ia mungkin bergerak ke arah kepimpinan
nasional.
Beliau turut berkongsi pengalaman apabila kehadirannya di masjid yang
majoriti jemaahnya adalah ahli PAS sudah dapat menerimanya berbanding
ketika beliau menjadi menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment