Tuesday, August 04, 2015
SPRM Adakan Solat Hajat Untuk Kakitangannya
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah
mengadakan solat hajat untuk kakitangan mereka di ibu pejabat
suruhanjaya itu di sini pada Selasa.
"Cara yang terbaik adalah meminta pertolongan Allah untuk memberikan yang terbaik kepada kita.
"Hari ini kami melakukannya bersama-sama di pejabat kami, jadi ia akan
memberikan kepuasan dengan bergantung kepada Allah dan petunjuk-Nya,"
kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar.
Apabila ditanya sama ada solat hajat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan
tangkapan baru-baru ini, beliau tidak menjawab dan berlalu pergi.
Terdahulu, beliau berkata solat hajat itu diadakan untuk meminta
petunjuk terbaik daripada Allah kepada kakitangan SPRM, keluarga mereka,
komuniti mereka dan 'negara yang kita cintai'.
Zakaria berkata rasuah berpunca daripada perbuatan menyalahi
undang-undang dan berkata solat itu bagi merayu kepada Allah supaya
Malaysia bebas daripada rasuah.
Pada Isnin, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih banyak
pegawai-pegawai SPRM menjadi antara mereka yang akan dipanggil untuk
merakamkan kenyataan oleh polis.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari sama, suruhanjaya itu
telah memberi jaminan bahawa tiada pegawainya yang terlibat dalam
konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment