Thursday, August 06, 2015
Pembangkang Main Wayang Sesumpah, Dulu Kecam Tiba-tiba Sekarang Sokong SPRM
6 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Bak sesumpah, pembangkang bertukar warna lagi.
Bila ada kepentingan mereka sanggup menjilat ludah sendiri demi
kepentingan peribadi.
Ulas Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim
berikutan sikap pemimpin pembangkang yang tiba-tiba mengajak rakyat
Malaysia untuk menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bagi meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam
akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Tegas beliau, jika sebelum ini SPRM begitu teruk dikejam malah
dituduh pembunuh berkaitan isu kematian mendian Teoh Beng Hock, kini
apabila melihat ada peluang untuk menangguk di air keruh, mereka sanggup
‘menebalkan muka’ melawat ke pejabat SPRM kononnya memberi sokongan.
“Hipokrit dan tidak tahu malu. Itulah yang saya boleh simpulkan
dengan sikap pembangkang ini. Semasa kes mendiang Teoh Beng Hock, mereka
mendesak suruhan diraja ditubuhkan kononnya SPRM tidak telus.
“Kini mengapa SPRM dijulang sehingga sanggup menjilat ludah sendiri.
Ini jelas menggambarkan sikap pembangkang yang suka mengambil
kesempatan. Pantang ada ruang pasti mereka gunakan asalkan ia memberi
imbuhan yang baik kepada mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Azrinizam, beliau amat berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik murahan pembangkang.
Ini kerana tambahnya sokongan yang diberikan ini hanyalah wayang
semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mendapatkan keuntungan
politik.
“Apabila SPRM menyiasat pemimpin mereka pula, sudah pasti agensi
kerajaan itu akan dikejam semula dan dituduh menjadi ‘barua’ UMNO”,
katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment