Wednesday, August 26, 2015

Pemuda Sambut Baik JKE, Sedia Beri Input Daripada Akar Umbi – Khairul Azwan

KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini menyatakan kesediaan untuk membantu Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan dalam memberikan input dan maklumat dalam usaha membantu jawatankuasa khas berkenaan.
IMG_0662 
Naib Ketuanya Khairul Azwan Datuk Harun berkata pandangan yang akan diutarakan nanti adalah berdasarkan kepada penilaian pergerakan itu terhadap isu-isu semasa khususnya berkatan isu ekonomi yang menyentuh rakyat.

“Sekiranya jawatankuasa khas ingin dapat pandangan daripada kami kita alu-alukan kerana kita juga mempunyai pandangan hasil daripada penilaian daripada isu semasa serta usul-usul yang kita terima daripada mesyuarat Pemuda bahagian di seluruh negara.

“Kita menerima baik penubuhan jawarankuasa berkenaan dan semestinya meletak harapan tinggi untuk melihat isu-isu semasa khususnya berkaitan soal ekonomi yang menyentuh kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis tahlil dan doa selamat semepna ulangtahun Pemdua UMNO ke-66 di Surau Ar-Rahman PWTC, di sini, hari ini. Turut hadir, Pen Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Sahfri Abd Aziz dan barisan kepimpinan Pemdua UMNO yang lain.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang berfungsi mempertimbangkan perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, antaranya termasuk isu-isu semasa seperti nilai Ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

“JKE akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada awal minggu hadapan dan segala cadangan serta hasil perbincangan akan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri.

“Selain Abdul Wahid, JKE itu juga dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan. Kita juga akan menjemput mana-mana pihak menyertai mesyuarat JKE yang difikir boleh memberi cadangan kepada usaha melonjakkan ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sambil menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas terbabit, Khairul Azwan seterusnya berkata tugas dan peranan jawatankuasa itu cukup besar dan berharap ia mampu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment