Wednesday, August 26, 2015

Sampai Bila Azmin Mahu Tutup Mulut “Kehilangan” Dana RM 7.6 Bilion??

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menggesa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar segera memperjelaskan kepada rakyat  ke mana perginya duit sebanyak RM 7.6 bilion daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM 9 bilion bagi dana yang diperuntukan bagi penstrukturan semula air di Selangor.
khalid+azmin 
Menurutnya, semenjak isu ini ditimbulkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung ‘kehilangan’ wang tersebut, Azmin dilihat gagal memberikan penjelasan yang munasabah berhubung ke mana RM 7.6 bilion itu disalurkan.

“Saya minta agar Menteri Besar Selangor, Azmin segera memberikan penjelasan ke mana perginya wang sebanyak itu kepada rakyat. RM 7.6 bilion bukan satu jumlah yang kecil dan ianya jelas merupakan wang rakyat dan sudah pasti, rakyat di Selangor mahu tahu ke mana perginya wang sebanyak itu.

“Apatah lagi apabila peruntukan besar sebanyak RM9 bilion telah digunakan semula untuk penstrukturan air di Selangor namun isu air tetap menjadi masalah bagi penduduk negeri itu dan sehingga ke hari ini ia masih belum selesai,” jelas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Sikap Azmin yang tidak menjawab persoalan ke mana perginya RM 7.6 bilion yang dibangkitkan oleh ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim,  jelas menimbulkan kebimbangan dan keraguan di kalangan rakyat di Selangor yang menuntut Azmin agar memberikan penjelasan yang sebenar ke mana perginya wang tersebut.

“Saya yakin rakyat melihat perkara ini dengan serius apatah lagi masalah air yang dihadapi oleh mereka masih lagi tidak selesai, kemudiannya ditambah pula dengan kenyataan Azmin bahawa kemungkinan takrif akan dinaikkan telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat ketelusan kerajaan Selangor menguruskan hal ini,” ujarnya.

Sekiranya Azmin masih gagal menjelaskan perkara tersebut, maka Ruslan mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar masuk campur dan menyiasat perkara tersebut.

“Kalau Azmin terus bersikap berdiam diri serta berdolak dalik dalam isu ini, maka saya minta agar SPRM untuk menyiasat keseluruhan proses penstrukturan air di negeri itu kerana dibimbangi ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal tersebut.

“Hanya dengan campur tangan dan penyiasatan SPRM dalam perkara ini, barulah rakyat dapat mengetahui  perkara sebenar apakah wujud penyelewengan dana atau wujud  isu salah guna kuasa  di sebalik kehilangan RM 7.6 bilion yang masih gagal di jawab oleh Azmin sehingga ke hari ini,”tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment