Friday, August 21, 2015
Pendedahan Mustapa Yang Tidak Menguntungkan Hadi
Pendedahan oleh Mustapa
Ali, sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan aneh yang boleh
ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu
yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim
kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan
mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri
dan parti sendiri.
Mustapa sekonyong-konyong menjelaskan usaha menukar jawatan PM
daripada Anwar kepada Tengku Razaleigh Hamzah dicadangkan oleh Pas.
Tujuan Mustapa mendedahkan cerita "benar" yang dianggap tidak ada moral
dan setiakawan bagi Pas itu bagi membela dan mempertahankan presiden
Pas, yang dituduh oleh DAP menolak Anwar.
Penjelasan Mustapa itu tidak menguntungkan Pas sebenarnya, tetapi
mendedah hakikat yang selama ini dipersoalkan oleh umum terhadap
presiden parti itu. Apabila Pas mencadangkan nama Tengku Razaleigh
sebagai menjadi PM, tetapi tidak nama Abdul Hadi Awang, jelas
menunjukkan presiden Pas itu tidak layak untuk menjadi PM.
Abdul Hadi bagi Pas sendiri tidak disenaraikan sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.
Bertolak dari realiti itulah mungkin maka berlaku protes dari
kalangan bekas pimpinan Pas kepada Abdul Hadi Awang. Mereka malu dan
segan untuk berketuakan kepada orang yang tidak tersenarai sebagai
perdana menteri.
Sekiranya Abdul Hadi mencapai standard sebagai PM, sudah tentu nama
beliau dicadang menggantikan Anwar Ibrahim apabila Majlis Syura Ulama
(MSU) membuat pertimbangan dari segi moral Anwar tidak layak. Nama Abdul
Hadilah paling layak apabila nama Lim Kit Siang juga bermasalah selepas
nama Anwar tidak diperlukan bukannya Tengku Razaleigh orang yang berada
di luar lingkungan Pakatan Rakyat.
Tanpa Pas menamakan presidennya sendiri sebaliknya menggadaikan
jawatan itu kepada Tengku Razaleig menunjukkan Abdul Hadi dalam keadaan
teruk dan tidak bermutu. Tanpa disedari penamaan Tengku Razaleigh itu
sebagai penghinaan secara halus terhadap Abdul Hadi yang mungkin hanya
disengehinya sahaja.
Yang mengujakan lagi bukan sahaja kalangan Jawatankuasa kerja Pas
tidak mencadangkan Abdul Hadi menjadi PM, tetapi MSU badan yang dikira
tertinggi dimana Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Mursyidul
juga tidak terliur dengan Abdul Hadi.
Walasil balik, walasal balik asil, pendedahan Mustapa bertujuan untuk
memburuk-buruk Lim Kit Siang dan menunjukkan Pas, khasnya Abdul Hadi
baik dan bersih, jadi sebaliknya. Pendedahan itu secara tidak langsung
merenah-rendahkan martabat Abdul Hadi sebagai pemimpin bertaraf dunia
yang disanjungi, dan ia jelas tidak setanding dengan status yang diraih
Anwar.
Makanya lain kalau Mustapa hendak membuat kejutan dan membuka
cerita-cerita sebenar yang misteri dan berlapis, harus berfikir banyak
kali dan melihat apakah implikasi daripada yang dilakukan. Jangan pula
kerana hendak membungkus nangka, kain pula terkoyak...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment