Friday, August 21, 2015

MB Selangor Songlap Duit Cara Halal Melalui Syarikat Sendiri?

Menteri Besar Selangor di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menyatakan tiada sesiapa berhak tanya ke mana hilangnya wang RM7.6 Billion yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

Mantan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Azmin memberi penjelasan sebagaimana berikut.

1. Kenyataan Azmin bahawa kos pengambilalihan industri air Selangor melibatkan RM2 Billion sedangkan kos sebenar adalah RM9.65 Billion.

2. Penubuhan sebuah syarikat sendirian berhad di mana Azmin Ali merupakan salah seorang pengurusan tertinggi yang memiliki ekuiti dan kuasa eksekutif. Lazimnya Menteri Besar Incorporation (MBI) digunakan dan bukannya syarikat sendirian berhad yang tidak mampu dipertanggungjawabkan oleh sidang DUN.

3. Penjelasan berkaitan RM7.65 Bilion itu penting kerana Menteri Besar itu sudah membayangkan kenaikan tarif air Selangor dan tiada lagi skim air percuma.

Menurut Abdul Khalid:

"Menteri Besar perlu jelaskan. RM7.65 bilion itu penting untuk kita tahu kerana ia membabitkan kos pengambilalihan. Saya takut jika tidak dijelaskan, kos itu sebenarnya meningkat sekali gus harga air naik bagi membayar hutang pinjaman."

Abdul Khalid juga turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Holding Sdn Bhd bagi mengelakkan pekerja tertunggu-tunggu selain timbulnya arahan yang tidak tepat mengenai perkhidmatan air.

"Mengikut kiraan, sekiranya kos pengambilalihan adalah RM9.6 bilion, ia akan dapat mengatasi masalah pengurusan mengurangkan air tidak terhasil (NRW). Perkara ini tak akan timbulkan isu kenaikan harga air termasuk air percuma," tambah Khalid.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment