Friday, August 21, 2015
Ahli UMNO Perlu Keluar Dari Kejahilan
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO
dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang
kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang
menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO
menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi
perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret
menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang
bukannya beban UMNO pun.”
2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada
dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman
jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua,
penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.
3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah
kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan
yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika
ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka
beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun
meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang
terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.
4. 1MDB sama seperti permulaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS),
Perwaja, Proton, TNB dan banyak lagi syarikat kerajaan. Jika ia rugi
atau untung adalah tanggungjawab bersama kabinet dan parti pemerintah
termasuk UMNO. Dalam konsep demokrasi seperti Malaysia, parti pemerintah
tidak boleh mencuci tangan mengatakan kelemahan pentadbiran sebagai
bukan tanggungjawab mereka.
5. Penulis tersebut turut merepek dengan menyatakan tidak masuk akal
untuk ahli UMNO menjawab kesalahan yang dibuat oleh Presiden UMNO.
Hakikatnya, Presiden UMNO tidak pernah meminta ahli UMNO menjawab bagi
pihaknya. Beliau hanya meminta ahli UMNO menyampaikan dan mempertahankan
jawapan yang telah beliau berikan.
6. Ia tidaklah susah sangat kecuali anda ialah ahli UMNO yang
mempunyai agenda menjatuhkan Presiden parti secara taktik kotor dan
jahat.
7. Bagi memainkan sentimen benci Mohd Najib, beliau juga mempertikai
pelaburan 1MDB. “macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen
Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan
kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di
mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3
juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang
apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO
nak jawab?”
8. Jika beliau ambil masa membaca dan mendengar penjelasan 1MDB tentu
beliau tahu bahawa Brazen Sky itu anak syarikat 1MDB yang membuat
pelaburan dalam Petrosaudi. Kalau penulis ini tidak membuang masa
membuat cerita karut tetapi lebih mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau
tahu AABAR Invenstment tersebut ialah anak syarikat kerajaan Abu Dhabi.
Jika dibuat sedikit carian tentu beliau tahu GIL Fund pula merupakan
syarikat pelaburan hartanah.
9. Pernah anda bertanya begitu terperinci ke mana Permodalan Nasional
Berhad (PNB) melaburkan wang untuk membayar dividen kepada pemegang
unit tabung Amanah Saham Bumiputera, ASN dan lain? Pernah kita
mempersolkan mengapa labur di sini bukan di sana, atau potfolio apa?
Tidak! Sebab kita memberi amanah kepada PNB melabur bagi pihak kita dan
membayar dividen. Demikian juga pelaburan-pelaburan 1MDB dalam syarikat
“unit trust” di luar negara dengan syarat-syarat tertentu.
Mana mungkin
rakyat mahu terbabit dalam setiap keputusan yang hendak dibuat oleh
sesebuah syarikat kerajaan.
10. Penulis tersebut juga membangkitkan isu IPP. Keputusan pengurusan
1MDB mengenai pembelian IPP tentulah keputusan perniagaan. Misalnya 1MDB
dituduh beli IPP yang hendak tamat kontrak dengan harga mahal. Ikut
logik jika tunggu habis kontrak IPP tersebut jadi murah. Ini masalah
bila si bengong hendak menjadi pengurus.
11. IPP tersebut akan tamat kontrak tapi jika ia menghentikan operasi
apabila tamat kontrak, kawasan terbabit akan bergelap. Boleh TNB bina
janakuasa dalam sekelip mata? Tidak boleh, apabila tidak boleh, kuasa
rundingan bukan pada TNB lagi tetapi pada IPP. Ada jaminan kroni-kroni
Tun Mahathir ini tidak minta harga lebih tinggi? Untuk rekod, IPP
bukanlah semacam lori janakuasa yang boleh dipindah-pindah sesuka hati.
12. Si bangang ini (maaf kerana berkasar) juga mempersoalkan mengenai
kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB melaksanakan projek membina
dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB melalui Jimah Timur 3B. Edra
dan Mitsui Jepun mengadakan JV memenangi tender, tidak mampu meneruskan
kerana kekurangan dana. Dana sepatutnya diperolehi melalui IPO. Tetapi
kerana ramai bangang dalam UMNO menyerang 1MDB, maka IPO terpaksa
dibatalkan untuk elak kegagalan.
13. TNB selamatkan Edra? Apa kebodoh pernyataan tersebut. Sebaliknya
TNB lagi untung mendapat projek ini. TNB sebenarnya telah kalah dalam
bida sebelum ini. Apabila 1MDB setuju serahkan kepada anak syarikat TNB
mereka telah berjaya mendapat penilaian semula dengan harga tarif lebih
tinggi dari yang ditawarkan oleh 1MDB sebelum ini. TNB untunglah bodoh
bukan rugi!
14. Penghasut ini juga bertanya soal derma RM 2.6 bilion. Sudah
dijawab oleh Presiden UMNO bahawa derma tersebut untuk membantu kempen
pilihan raya Barisan Nasional. Penderma bersetuju menderma dan mahu
masukkan dalam akaun khas dengan nama Mohd Najib Abdul Razak. Jadi
prinsip akaun mana menyatakan derma tersebut perlu dilaporkan dalam
akaun parti?
15. Pernah pemimpin UMNO di bawah bertanya dari mana datang wang buat
poster, beli iklan, cetak risalah, bantu baiki surau, masjid, bantuan
langsung anak yatim, pelajar universiti, pelajar sekolah dan bantuan
makanan kepada oarng miskin. Ini belum kira elaun pasang poster, pasang
bendera, konvoi bermotor, peruntukan bilik gerakan, Ketua Bahagian,
Ketua Pemuda, ketua wanita dan ketua puteri Bahagian dan cawangan?
16. Saya merasa kasihan kepada penghasut tersebut. Beliau bukan
sahaja sedang merosakkan UMNO malah menanggung dosa fitnah dan
mengadu-domba masyarakat hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu
politik ketuanya.
17. Ahli UMNO perlu keluar dari kepompong kejumudan dan kejahilan
jika mahu kekal menjadi parti pemerintah. Mereka perlu menjadi ahli yang
berilmu bukan burung kakaktua yang mengulang-ulang kata-kata musuh
sehingga menjadi satu kebenaran.
18.Perintah pertama Allah kepada Muhammad ialah Iqra’ “Bacalah!
Bacalah! Bacalah! Wahai Muhammad”. Allah tidak menyuruh sebar fitnah,
main wahtsapp, mengumpat dan menagdu-domba.
Disediakan oleh : Amin Yatim, Petaling Jaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment