Friday, August 21, 2015

1MDB Dari Kaca Mata The Edge: Keluarga Di Raja Arab Saudi, Kerajaan Abu Dhabi Bersubahat Menipu Rakyat Malaysia

edge-1mdb2 
Tong Kooi Ong dan The Edge Financial Daily berada dalam keadaan tersepit apabila Polis Thai mengesahkan terdapat penerbit media yang terbabit dengan skandal pendedahan dokumen Petrosaudi yang diubah. 

Hari ini mereka tampil membuat gerakan terakhir meraih simpati kononnya apa yang mereka terbitkan adalah tanggungjawab rakyat bukannya konspirasi menjatuhkan kerajaan.
“We have a duty to find and report the truth. Our reports on 1MDB had exposed how a group of individuals – Malaysians and foreigners – schemed a multi-billion ringgit fraud against the people of Malaysia.

“How can the work that we have done be deemed as a political conspiracy?”

Bagaimanapun jurublog Lim Sian See, dalam artikel The 'Final Kopek" of Tong and The Edge? mendedahkan laporan The Edge yang cuba menarik simpati rakyat telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan United Arab Emirates (UAE).

“Salah satu penipu asing yang dinamakan oleh The Edge ialah IPIC (International Petroleum Investment Company). The Edge menuduh transaksi 1MDB dan pilihan pembayaran tidak dinyatakan dalam laporan kewangan tahunan 2014 IPIC. Ini bukan sahaja tidak benar malah ia seolah-olah menuduh kerajaan Abu Dhabi (UAE) menipu dan terbabit dalam kegiatan penipuan”

Laporan kewangan IPIC 2014 boleh dibaca di laman web mereka.

edge-final gambit
Gambar di atas menunjukkan semua transaksi berkaitan 1MDB, Aabar dan pilihan yang perlu dinyatakan dengan JELAS dalam laporan kewangan mereka yang diaudit oleh salah sebuah firma audit terbesar dunia, Ernst & Young. 

Sangat melucukan, ketika The Edge menyatakan semua transaksi tersebut disembunyikan sebagai cubaan “covering the hole” ia sebenarnya dilaporkan dalam audit dan dipamerkan untuk akses umum.

Menurut Lian Sian See lagi, usaha terakhir The Edge dalam keadaan terdesak ialah membuat “serkap jarang” dengan menuduh semua pihak dari ahli keluarga Diraja Arab, KPMG, Deloitte, Ernst & Young dan kerajaan Abu Dhabi bersubahat dengan Kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia.
This “covering the hole” part is important as this is the final step which proves money is missing or not in the entire transaction. In this final part, The Edge is essentially saying these transactions are not disclosed by IPIC in their Financial Statements – however, they ARE disclosed.

Apa yang The Edge dakwa sebagai “covering the hole” sebenarnya ternyata palsu apabila ia dengan jelas dinyatakan dalam penyata kewangan IPIC diaudit dan dipamerkan kepada umum. 

The Edge mungkin telah sedar bahawa mereka tidak lagi boleh berpegang kepada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat dan membuat penampilan terakhir untuk menarik simpati.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment