Friday, August 21, 2015

The Star Biadap Pasang Bendera Terbalik Sempena Kemerdekaan Malaysia

Biadap apabila akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star menaikkan bendera di tiang bendera dengan memasangnya secara terbalik di pejabat operasi akhbar itu di Bangsar.

Adakah perkara dilakukan dengan sengaja?? Tindakan begini sewajarnya dikecam dan diberikan perhatian serius kerana dianggap cuba menghina negara.

Jika difikirkan secara rasional, kalau kita memasang sesuatu benda dengan secara terbalik sudah pasti kita akan menyedari dan akan memperbetulkan benda tersebut supaya berada di kedudukan yang betul.

Ini tidak, bendera ini dibiarkan dipasang secara terbalik dan dibiarkan sehingga hari ini.

Adakah pemilik saham terbesar akbar ini, MCA tidak menyedari kejadian ini terjadi ataupun mereka ingin menjadi seperti DAP yang cuba menghina dan menghuru-harakan negara??

Adakah bendera Malaysia ini dipasang secara terbalik oleh Akbar milik MCA ini sebagai tanda mahupun simbol untuk menggulingkan kerajaan??

Apapun, seluruh rakyat Malaysia menggesa MCA tampil menjelaskan mengenai kejadian bendera dipasang secara terbalik ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment