Thursday, August 06, 2015
Penderma Dedah Kenapa Masukkan Duit Dalam Akaun Najib Razak!!!
1. Menerima sumbangan untuk dana politik tidak salah di sisi undang undang negara ini.
Cadangan SPRM untuk wujudkan undang-undang mengisytihar sumbangan kepada
parti politik telah ditolak oleh DAP walaupun UMNO setuju.
Dalam isu ini, penyumbang sebagai ikhwan Muslim (saudara Islam) tidak
berminat untuk mendapat apa-apa balasan. Mereka hanya mahu pastikan agar
kerajaan Islam Melayu/Bumiputra boleh dipertahan sekaligus dapat
mengekang aktiviti militan seperti ISIS, musuh-musuh Islam dan
sebagainya .
2. Penyumbang Timur Tengah Beri Syarat
Syarat penyumbang dari Timur Tengah tersebut hanya mahu sumbang melalui
PM secara persendirian kerana tidak mahu identiti penyumbang diketahui
umum. Maka akaun peribadi dibuka khas untuk tujuan penyaluran dana
aktiviti parti dan pilihanraya, kemudiannya ditutup selepas itu.
Jika dimasukkan ke dalam akaun amanah sudah pasti identiti penyumbang
akan terdedah dan diketahui umum, ini tidak dipersetujui oleh
penyumbang. Lim Kit Siang, Tony Pua, Tian Chua, Lim Guan Eng tidak
bersetuju nama penyumbang didedahkan (Rujuk Laporan Mesyuarat mereka
bersama SPRM).
Apa yang Salah?
Dalam isu ini, Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan di sisi
undang undang.Yang salah nya kalau penyumbang dapat balasan seperti
projek atau peluang perniagaan dari kerajaan.
3. Adakah DAP, PKR dan PAS Tidak Terima Sumbangan?
Selama ini DAP, PKR & PAS memang menerima ratusan juta malah billion
ringgit sumbangan dana politik, tapi oleh kerana undang-undang negara
ini tidak memerlukan ianya diisytihar dan juga tidak perlu memaklumkan
sumber atau penyumbangnya, maka ianya tidak diketahui umum dan tidak
menjadi isu.
Maka apabila UMNO menerima sumbangan dana politik, tidak ada sebab ianya
perlu dihebah kepada umum. Tapi malangnya, ada orang dalam seperti
bekas pemimpin yang telah mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan
umum. Lebih malang lagi pendedahan tersebut dibuat secara 'half truth'
(separuh benar) yang menyebabkan pelbagai tafsiran sehingga menjadi isu
negatif yang besar terhadap UMNO dan pemimpinnya. Adalah sangat tidak
beretika untuk bekas pemimpin tersebut mendedahkan rahsia parti.
4. CIA dan YAHUDI
Adakah mungkin antara sumber derma kepada DAP berkait dgn CIA, Isreal
(Yahudi), kumpulan Freemason, kumpulan Ilumunati, kumpulan NEO-CON yang
berselindung di sebalik NED dan NDI atau lain lain yang boleh
menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap DAP?
Mungkin inilah sebabnya DAP menolak sekeras kerasnya untuk digubal akta tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment