Thursday, August 06, 2015

15,000 Pengguna TNB Nikmati Bekalan Secara Percuma...Terima Kasih Kerajaan BN

5 Ogos 2015, Kangar : Kira-kira 15,000 pengguna elektrik di Perlis menikmati bekalan percuma kerana bil mereka dibayar oleh kerajaan, kata Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Rozimi Remeli.
 
Beliau berkata, penggunaan tidak melebihi RM20 atau 91 unit sebulan layak menikmati skim itu yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan miskin.
 
Bercakap kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri TNB Perlis di Wisma TNB di sini hari ini, Rozimi berkata, daripada kira-kira 81,000 pengguna di Perlis, 80 peratus adalah pengguna domestik.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Ketibaan baginda berdua disambut pengurus TNB Perlis, Ir Abd Aziz Yaacob.

Mengenai penukaran meter lama ke meter digital di Perlis, Rozimi berkata, proses itu sedang dilaksanakan dan dijangka selesai tahun depan kerana hanya membabitkan kira-kira 1,300 pengguna lagi.
 
Sementara itu, Abd Aziz berkata, TNB Perlis diperuntukan RM10 juta untuk menaik taraf penghantaran tenaga elektrik menggunakan kabel baharu bagi tahun 2015/2016.

"Kes kecurian elektrik di Perlis tidak serius, terlalu sikit. Saya yakin penggunaan meter digital dapat membendung perbuatan tidak bermoral ini," tambahnya.
 
Beliau turut menyokong sebarang usaha kerajaan negeri mendapatkan sumber tenaga elektrik alternatif seperti tenaga suria untuk menjimatkan kos bekalan.
 
Pada majlis itu Raja Muda dan Raja Puan Muda berkenan menyampaikan sumbangan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment