Thursday, August 06, 2015
Pergi Mampus Lah... Caj VEP : Singapura Dakwa Malaysia Bersikap Diskriminasi
5 Ogos 2015, Singapura : Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura berkata
bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.16) yang bakal
dikenakan oleh Malaysia ke atas kenderaan berdaftar di luar negara
melalui Johor adalah bersifat 'diskriminasi terhadap kenderaan
Singapura', lapor Channel NewsAsia (CNA).
Saluran televisyen tempatan itu melaporkan bayaran itu akan berkuat
kuasa pada 1 Oktober dengan MOT berkata Singapura akan turut
mempertimbangkan untuk mengenakan levi dalam beberapa bentuk supaya
sepadan, selepas mengkaji pelaksanaannya.
MOT juga berkata ia telah meminta maklumat lebih lanjut dari pihak
berkuasa Malaysia mengenai keperluan bagi kenderaan Singapura untuk
melakukan prapendaftaran sebelum memasuki Malaysia.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi
dilaporkan sebagai berkata mulai 1 Sept, kenderaan Singapura yang tidak
berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan dibenarkan
masuk ke Malaysia.
Pendaftaran dalam talian itu bermula 15 Ogos dengan pemilik kenderaan akan menanggung kos RM10 (S$3.60) selama lima tahun.
CNA turut memetik jurucakap MOT sebagai berkata "apa-apa kos dan
ketidakselesaan boleh mendorong rakyat Singapura untuk tidak melawat
Malaysia, terutama Johor untuk tujuan seperti membeli-belah, berlibur,
bersiar-siar dan percutian".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment