Thursday, August 06, 2015
Terkini #MH370 : Serpihan Sayap Sah Milik MH370 - PM
6 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
mengesahkan 'flaperon' pesawat yang dijumpai di Reunion adalah milik
pesawat penerbangan MAS MH370.
Najib membuat pengesahan itu dalam satu sidang media di Pusat Dagangan
Antarabangsa (PWTC) yang diadakan sekitar jam 2 pagi hari ini.
Sidang media mengumumkan perkara yang sama turut diadakan di Perancis;
negara yang bertanggungjawab menganalisis serpihan itu; secara serentak
dengan Malaysia.
Dalam pada itu, MAS juga turut mengeluarkan kenyataan media serentak dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment