Sunday, August 09, 2015
Penerbangan MH370: Cebisan Al-Quran Dijumpai Ketika Operasi Mencari Serpihan Pesawat
SAINT-ANDRE (Pulau Reunion) : Cebisan al-Quran plastik – ditulis dalam
jawi, skrip Arab yang digunakan di Brunei dan Malaysia – ditemui di
Pulau Reunion di Lautan India dan diserahkan oleh penduduk pulau Jumaat,
lapor The Telegraph.
Cebisan al-Quran itu adalah penemuan terbaru di pantai yang mungkin
boleh dikaitkan dengan pesawat hilang milik Penerbangan Malaysia, MH370.
Seorang wartawan Malaysia memberitahu al-Quran itu mungkin berasal dari
Malaysia, Indonesia atau Brunei, tiga negara majoriti Islam di Asia
Tenggara, atau dari Mindanao, sebuah pulau di Filipina.
Beberapa serpihan ditemui di pulau itu telah ditentukan oleh pegawai Malaysia Rabu sebagai berasal daripada jet yang hilang itu.
Sejak itu, usaha untuk mencari lebih banyak bukti telah dijalankan.
Perancis mempertingkatkan carian Jumaat dengan menggunakan helikopter
tambahan dan kapal terbang untuk membuat rondaan udara di pulau itu, dan
juga bot untuk mencari di persekitaran laut.
Datuk Bandar Saint-Andre berkata Khamis bahawa penyiasat akan menjalankan carian secara terperinci di kawasan pantai.
Ketika jumlah serpihan ditemui terus bertambah di pulau itu,
saudara-mara 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan telah
menyatakan hasrat mereka untuk pergi ke Pulau Reunion.
"Saya mahu melihat jika bagasi anak saya ada di sana," kata Lu
Zhanzhong, yang anaknya berada dalam pesawat berkenaan, Telegraph
melaporkan. "Kami mahu pergi ke pulau itu dan menentukan kebenaran."
Beberapa saudara-mara juga menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat yang hilang.
"Kerajaan Malaysia enggan menghantar sesiapa menemui kita," kata Jiang Hui, yang ibunya berada dalam penerbangan itu.
"Saya tidak tahu apa yang kerajaan Malaysia takut, atau apa yang ia cuba tutup."
Datuk Bandar Saint-Andre berkata saudara-mara penumpang akan dialu-alukan dan dilayan sebagai tetamu kehormat.
Beliau berkata bandar berkenaan bercadang membina sebuah peringatan bagi penumpang pesawat hilang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment