Sunday, August 02, 2015

PM Kita Buat Pemimpinan PKR Dan DAP Tersipul Sipu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana boleh membuat "penilaian yang betul" berhubung dakwaan terhadap dirinya dan 1MDB.

Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam  perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.

"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti kesalahannya.

"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.

Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.

Pembangkang pun tahu juga untuk menilai mana yang baik dan yang buruk.

Abdul Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang tuduhan dan dakwaan terhadap Najib perlu berasas dan memerlukan saksi.

Katanya, Najib hanya manusia biasa dan bukan malaikat. Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, saksi diperlukan untuk mengesahkan segala dakwaan terhadap perdana menteri.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno mempersoalkan sesetengah pihak yang dilihat "tumpang semangkuk" mengecamnya dalam isu 1MDB.

"Apa hal orang kita ni? Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.

"Pembangkang - sesetengah, bukan semua - ada juga yang tahu buat penilaian," kata Najib lagi.

Selain Abdul Hadi,  Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar)  juga menyifatkan laporan The Wall Street Journal yang melaporkan pengaliran dana 1MDB bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun persendirian Najib sebagai "tidak logik".

Najib menafikan dakwaan itu namun terus berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment