Friday, August 21, 2015

Rani Kulup Bagi AMARAN Kepada Kaki Fitnah

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi amaran keras kepada kaki fitnah yang memfitnah beliau berhubung penyebaran sekeping gambar beliau menziarahi kawannya yang beragama Hindu dengan memakai 'Headphone'.

Rani Kulup berkata, beliau kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian rakannya itu kerana dikhuatiri akidahnya terpesong.

Jelas Rani Kulup, beliau memakai 'headphone' di dalam upacara pengebumian itu adalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon.

Tambahnya, beliau memang selalu menggunakan 'headphone' bagi menjawab sebarang panggilan telefon kerana bunyinya lebih jelas didengar.

"Ayah memang biasa gunakan 'headphone' itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas.

"Sekiranya ada kata ayah pakai 'headphone' unttuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai headphone' pun dengar juga," kata Rani Kulup yang membahasakan diri sebagai Ayah.

Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulup meminta kaki fitnah ini berhenti dari menyebarkan fitnah terhadapnya.

Rani Kulup berkata, mereka sepatutnya hormat kepadanya kerana beliau telah mengamalkan sifat yang baik dan tindakan menziarahi orang meninggal amat digalakkan dalam Islam.

"Walaupun beliau berbangsa India, Tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah. Sepatutnya mereka suka orang islam melawat ke pengebumian agama lain," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment