Sunday, August 09, 2015
Syabas... Perancis Hantar Tentera Cari Serpihan Sekitar Pulau Reunion
Perancis mula menghantar pasukan maritim dan udara yang baharu di Pulau
Reunion di Lautan Hindi mulai Khamis bagi meningkatkan usaha mencari
bangkai pesawat malang MH370.
"Ia sudah diputuskan susulan permintaan dari Presiden dan Perdana Menteri sesuai dengan keperluan siasatan.
Justeru penghantaran anggota tambahan untuk operasi di laut dan udara
dilakukan di sekitar perairan Reunion," kata kenyataan Kementerian
Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Perancis.
Malaysia sebelum ini berkata, bahagian sayap yang ditemui di Reunion
adalah milik MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu dengan 239 orang di
dalam pesawat ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing,
China.
Pulau Reunion adalah sebuah pulau Perancis yang terletak di Lautan Hindi yang hanya berkeluasan sebanyak 970 batu persegi.
Terletak di timur Madagascar, pulau ini mencatatkan jumlah penduduknya berjumlah 844,994 sehingga tahun 2014.
Memetik sejarah, pulau ini mula dikenali sejak awal abad ke-16 oleh penjelajah Portugis.
Pulau ini juga dikatakan popular di kalangan pedagang Arab, Melayu dan Swahili.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment