Thursday, August 06, 2015
Serpihan Sah Milik MH370
PETALING JAYA : Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)
MH370 sejak 8 Mac lalu akhir terjawab apabila serpihan bangkai pesawat
yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu
disahkan milik pesawat berkenaan.
Keputusan hasil siasatan mengenai serpihan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi, Khamis.
"Sejak kehilangan selama 515 hari lalu, saya dengan berat hati
mengesahkan hasil siasatan pasukan pakar antarabangsa bahawa serpihan
yang ditemui itu milik MH370. Kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di
Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam proses siasatan dan membantu dalam operasi mencari
selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan
ini walaupun ia sesuatu yang menyedihkan tetapi akhirnya ia dapat
merungkai nasib 239 penumpang dalam pesawat itu," katanya pada sidang
media khas yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
sebentar tadi.
Najib berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan apakah punca sebenar kehilangan pesawat MH370.
"Dengan semangat satu bangsa, Malaysia pastinya akan mengingati insiden MH370," katanya.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pada 29 Julai lalu, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai
flaperon dijumpai seorang pekerja pembersih pantai di Pulau La Reunion.
Individu berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan
pesawat itu kepada pihak berkuasa Perancis untuk memulakan siasatan.
Pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytleman tidak menolak serpihan itu mungkin milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan.
Kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama
seperti MH370," katanya.
Serpihan tersebut dipenuhi cangkerang dan berkarat.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Twitter Fox News, keadaan
serpihan itu menunjukkan ia mungkin berada terlalu lama di dalam air
laut.
Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak
kapal pada 8 Mac tahun lalu.
Operasi pencarian yang diketuai Australia diteruskan di selatan Lautan
Hindi sehingga hari ini tetapi tiada bukti ditemui sebelum penemuan
terbaharu di Pulau La Reunion ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment